CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1041|Reply: 1

[ILMU MUDAH]: Risiko untuk dapat Cancer Cervix atau Kanser Serviks

[Copy link]
Post time 16-7-2023 09:37 PM | Show all posts |Read mode
Risiko utama untuk mendapat Cervical Cancer ialah jangkitan dari Human Papilloma Virus (HPV). Ada hampir 200 variants kepada HPV, namun 14 sahaja yang dianggap penyebab kepada Cervical Cancer. Mereka ini dipanggil High-Risk HPV (HRHPV). HRHPV adalah penyebab kepada 99.7% kes kes Cervical Cancer (UK statistics), dan dari kesemua ini, Type 16 dan 18 menyumbang kepada 70% dari kesemuanya. Kerana hampir sebahagian besar penyebaran HRHPV adalah melalui hubungan sex, maka bolehlah dirumuskan bahawa Cervical Cancer adlah sejenis STD. HPV amat mudah berjangkit, dan berada di akan kulit, mulut, lidah, penis, kemaluan wanita dan sekitar dubur. Condoms dan Dental Dams tidak dapat menghalang jangkitan secara keseluruhannya.

Di UK, risiko seumur hidup ie lifetime risk untuk mendapat Cervical Cancer adalah 1%, dan ini tidaklah rendah (kita hitung 100 orang wanita kita tengok di dalam Mall contohnya, 1 darinya akan mendapat Cervical Cancer). Jika tidak mengambil HPV Vaccine, statistics di UK menunjukkan risiko sepanjang hayat naik dua kali ganda kepada 2%. Namun, haruslah diingat, bahawa kehidupan sosial di UK dan sexual behaviour disini adalah sangat berbeza dari di Malaysia.

Di UK (dan mungkin sama di Malaysia), risiko untuk mendapat jangkitan HRHPV adalah:
+umur: peak usia adalah 25tahun
+sexual behaviour: jika awal dan muda umur hubungan sex bermula, risiko lebih tinggi
+sexual partners: jika lebih dari 3 sexual partners, risiko untuk dapat Type 16 & 18 adalah lebih tinggi

Jika sudah dijangkiti HRHPV (selalunya tanpa symptoms), risiko untuk mendapat Cervical Cancers adalah tinggi jika:
+merokok
+ada Immune System yang lemah
+mengandung
+melahirkan anak

Tidak semua wanita ayng dapat HPV akan mendapat HRHPV dan tidak semua yang dapat HRHPV mendapat Cervical Cancer.

Perlu diingat, penis juga adalah tempat dimana HPV boleh berjangkit, maka, adalah penting untuk lelaki tidak melakukan hubungan sex dengan wanita2 yang berrisiko tinggi eg wanita yang ramai sexual partners, pelacur2 atau mereka yang terlibat dalam sexual industry yang lain; ini kerana mereka boleh memberi jangkitan HPV ini kepada wanita yang hanya mempunyai 1 sahaja sexual partner.

Sila lihat thread ini untuk ketahui lebih lanjut tentang Cervical Cancer:
Semasa Haid Ada 3 Ciri-Ciri Ini? Hati-Hati Itu Petanda Kanser Serviks , Tolong Cek Segera! - Perubatan - Kesihatan - Forum - CARI Infonet


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-7-2023 10:00 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:17 AM GMT+8 , Processed in 0.052407 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list