CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 374|Reply: 0

[Pulau Pinang] PRN: Tiada siapa boleh goyah kedudukan kita - Anwar

[Copy link]
Post time 17-7-2023 10:15 AM | Show all posts |Read mode
PRN: Tiada siapa boleh goyah kedudukan kita - Anwar


BERNAMA



ANWAR menyampaikan bendera parti kepada Chow Kon Yeow (tiga, kanan) dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Datuk Musa Sheikh Fadhir (kiri) pada Jelajah Perpaduan Madani dan Pelancaran Jentera Perpaduan Pulau Pinang malam ini. FOTO Bernama



Permatang Pauh: Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) harus mengatur strategi yang ampuh sekali gus mengumpul kekuatan akar umbi parti masing-masing bagi memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri pada 12 Ogos ini.

Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata syarat lain bagi dua gergasi politik tanah air itu untuk meraih kemenangan ialah dengan mengerah seluruh jentera parti yang berada dalam Kerajaan Perpaduan.

"Ini pesan saya, Umno ada pangkalan di kampung-kampung, DAP ada pangkalan di bandar, PKR campur-campur sikit. Kalau PH dan BN ini ada strategi yang ampuh, kumpul kekuatan akar umbi dia untuk masa depan.

"Tiada siapa yang mampu goyahkan kedudukan kita, percayalah, tiada siapa yang boleh goyangkan kita," katanya ketika berucap pada Jelajah Perpaduan Madani dan Pelancaran Jentera Perpaduan Negeri Pulau Pinang di Tapak Ekspo Seberang Jaya di sini malam ini.

Turut hadir Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi: Presiden Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu, Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Pengerusi PH Pulau Pinang Chow Kon Yeow serta pemimpin BN dan PH.

Presiden PKR itu percaya dan yakin gabungan gergasi PH-BN akan menempa sejarah dengan keputusan luar biasa di Pulau Pinang.

Beliau berkata buat julung kalinya, PH yang sebelum ini memerintah dan BN sebagai pembangkang kuat di Pulau Pinang, kini bergabung.

Anwar, yang mengakhiri jadual padat dalam lawatan kerja ke Pulau Mutiara malam ini, berkata gabungan PH-BN bukan untuk mengekalkan kuasa sebaliknya bersandarkan prinsip menyelamatkan negara dan menjaga tatakelola baharu Malaysia.

"Kalau kita lihat perkiraan biasa, (melalui) gabungan dua gergasi ini saya percaya kita akan tempa keputusan luar biasa di Pulau Pinang," katanya.

Ahli Parlimen Tambun itu juga berkata rekod pentadbiran PH di bawah Chow adalah baik dan beliau akan kekal sebagai Ketua Menteri sekiranya gabungan PH-BN memenangi PRN di Pulau Pinang.



Disiarkan pada: Julai 17, 2023 @ 12:32am












Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 03:05 PM GMT+8 , Processed in 0.094159 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list