CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 366|Reply: 1

[Pulau Pinang] Terima jika digugur, parti mahu calon berdarah muda, kata Anthony Loke

[Copy link]
Post time 17-7-2023 10:34 AM | Show all posts |Read mode
Terima jika digugur, parti mahu calon berdarah muda, kata Anthony Loke


Oleh Siti Aminah Mohd Yusof - Julai 17, 2023 @ 8:10am [email protected]






GEORGETOWN: DAP mengesahkan terdapat penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bakal ditandingi parti itu tidak akan dinamakan semula sebagai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan depan.

Setiausaha Agung, Anthony Loke, berkata DAP berhasrat mengetengahkan muka baharu dan menyifatkannya sebagai proses pembaharuan yang merupakan sebahagian perancangan peralihan demi masa depan parti itu.

Menurutnya, Pulau Pinang adalah negeri penting kerana menjadi kubu kuat Pakatan Harapan (PH) terutama DAP sejak 2008 dan parti itu akan melakukan segala yang mungkin untuk mempertahankan negeri itu buat penggal keempat berturut-turut.

"Kami sudah berada dalam kerajaan Pulau Pinang selama tiga penggal dan akan memasuki penggal keempat jadi pastinya kami perlukan muka baharu.

"Ini sebahagian proses dalam mana-mana parti terutamanya apabila kita berada dalam kerajaan kita mesti merancang untuk masa hadapan," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Makan Malam DAP Pulau Pinang di sini, malam tadi.

Loke berharap semua pihak termasuk penyandang yang digugurkan dapat menerima perkara itu apabila keputusan mengenainya dimuktamadkan dalam tempoh beberapa hari akan datang.

Katanya, beliau yang belum menerima senarai calon dari Pulau Pinang menjangka akan memperoleh senarai itu beberapa hari lagi sebelum diputuskan Jawatankuasa Eksekutif Pusat.

"Saya boleh jamin ada penyandang yang tidak akan dicalonkan semula. Ia bukan soal menggugurkan mereka tetapi ini mengenai pembaharuan dengan memasukkan calon berdarah muda dalam senarai.

"Jadi itu tidak dapat dielakkan dan ia adalah sebahagian daripadanya proses pembaharuan yang saya nyatakan jadi saya harap mereka dapat menerima dan menghormati keputusan itu," katanya.

Ditanya berapa peratus calon muka baharu yang akan ditampilkan pada PRN, beliau berkata ia hanya akan diketahui pada pengumuman yang dijangka akan diadakan minggu depan.

Sementara itu diminta mengulas sama ada terdapat kemungkinan mewujudkan Majlis Kepemimpinan peringkat kerajaan negeri untuk penyandang yang tidak dicalonkan berperanan dalam kerajaan negeri, katanya perkara itu tiada dalam perancangan parti.

"Saya rasa itu itu tidak sesuai. Saya fikir kita mesti mengikut struktur kerajaan yang betul. Saya tidak menjangkakan ada majlis kepimpinan seumpama itu.

"Saya tidak mahu kerajaan dalam kerajaan. Jadi Ketua Menteri dan EXCO (kerajaan negeri) harus dibenarkan memainkan peranan mereka sebagai kerajaan tanpa sebarang halangan.

"Tidak ada keperluan untuk mana-mana majlis pimpinan (diwujudkan) di luar EXCO. Jadi itu mesti sangat jelas," katanya.

DAP akan meletakkan calon di semua 48 kerusi DUN disandang parti itu dengan secara keseluruhan parti itu memenangi 19 kerusi di Pulau Pinang, Selangor (16), Negeri Sembilan (11) dan Kedah (dua) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang lalu.




Barisan pemimpin DAP dan Pakatan Harapan (PH) bergambar pada Majlis Makan Malam DAP Pulau Pinang di SJK(C) Shang Wu, Georgetown. - Foto ihsan FB Chow Kon Yeow

sumber







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-7-2023 10:35 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 03:15 PM GMT+8 , Processed in 0.401737 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list