CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 213|Reply: 0

[Pulau Pinang] KPM rancang tambah kolej, program vokasional

[Copy link]
Post time 22-7-2023 05:48 PM | Show all posts |Read mode
KPM rancang tambah kolej, program vokasional

22 Julai 2023 04:47pm





Fadhlina - Bernama




NIBONG TEBAL - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merancang menambah kolej vokasional (KV) dan program yang ditawarkan dalam usaha memberi pendidikan voksional kepada lebih ramai pelajar berikutan kebolehpasaran graduannya yang mencecah hingga 99 peratus.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, ketika ini terdapat 86 KV di seluruh negara dengan setiap tahun purata 10,000 graduan dihasilkan oleh kolej itu.

"Di KV ada 10 bidang dengan setiap satunya mempunyai 36 program dan setakat ini semua (program) itu memperoleh akreditasi sewajarnya melalui Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) sekali gus meningkatkan tahap kebolehpasaran pelatih.
[size=1.25]"Kira-kira 10,000 pelajar tamat belajar di KV setiap tahun dan sejak tujuh tahun lepas ada seramai 76,121 graduan, jadi bayangkan dengan lebih 99 peratus kebolehpasaran maknanya mereka memang tiada masalah untuk cari pekerjaan.


"Memang mereka mendapat permintaan yang tinggi dan kita bersama-sama pemain industri perlu sinergi untuk perkukuhkan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Ini yang kita mahukan dalam sistem pendidikan, bukan sahaja mereka menguasai kepakaran malah kebolehpasaran," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pelancaran Program KV Insani Masyarakat Madani Pulau Pinang di sini pada Sabtu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata, KV atau TVET bukan lagi pilihan terakhir, sebaliknya ribuan graduan yang dikeluarkan KV setiap tahun memberi impak besar kepada pembangunan dan ekonomi negara.

"Malah, mereka membawa nama negara ke arena antarabangsa apabila turut memasuki pasaran pekerjaan di luar negara,” katanya.

Dalam pada itu, Fadhlina yang juga Ketua Wanita PKR berkata, beliau tidak akan berganjak dengan keputusan untuk tindakan saman sekiranya pembuat fitnah berhubung isu azan yang diputar belit tidak memohon maaf kepadanya.

"Ada yang telah minta maaf dan ada belum, jadi yang belum (minta maaf) itu kena ingat fitnah itu dosanya besar daripada membunuh dan musim Pilihan Raya Negeri (PRN) ini saya tidak kompromi soal fitnah kerana ini prinsip serta akhlak yang kita kena jaga.

"Mereka perlu tonton betul-betul video saya itu dan kalau mereka tak tonton jangan komen apa-apa yang boleh menimbulkan fitnah," katanya.



Pada Isnin lepas, Fadhlina menegaskan pihaknya telah membuat laporan polis berkenaan isu azan yang diputar belit oleh sesetengah pihak sehingga menjadi fitnah dan siasatan sedang dijalankan bagi mencari individu tidak bertanggungjawab dalam menyebarkan bahan fitnah tersebut. - Bernama

sumber


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 04:16 PM GMT+8 , Processed in 0.193655 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list