CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 336|Reply: 2

[Pulau Pinang] 2 penganggur ditahan bongkar makmal dadah

[Copy link]
Post time 23-7-2023 01:01 PM | Show all posts |Read mode

Khaw Kok Chin (kanan) menunjukkan antara barangan yang dirampas daripada dua lelaki tempatan yang dipercayai memproses dadah jenis heroin bernilai RM135,250 pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Pulau Pinang, di sini hari ini. FOTO MIKAIL ONG

Georgetown: Dua lelaki warga tempatan ditahan dan dadah bernilai RM135,250 dirampas dalam dua serbuan berasingan di negeri ini dan dan Kedah, Jumaat lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Khaw Kok Chin berkata, serbuan pertama dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang pada 7 pagi ke atas sebuah kereta di tepi jalan di daerah Seberang Perai Selatan (SPS) dan menahan penganggur berusia 27 dan 30 tahun kerana disyaki terbabit dengan aktiviti pemprosesan dadah.

Katanya, susulan itu, polis melakukan serbuan terhadap sebuah rumah di Bandar Baru, Kulim, Kedah yang dipercayai dijadikan makmal haram bagi pemprosesan dadah.

"Menerusi serbuan, polis merampas sebanyak 22 bungkusan dadah jenis heroin seberat satu kilogram (kg), satu paket lutsinar syabu (6.25gram) dan dua paket serbuk putih disyaki kafein seberat 1.28 kg selain pelbagai peralatan bagi pemprosesan dadah.

"Hasil ujian saringan air kencing mendapati kesemuanya positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine serta mempunyai rekod lampau berkait jenayah dan dadah," katanya pada sidang media di IPK Pulau Pinang, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Kok Chin berkata, hasil risikan mendapati aktiviti sindiket berkenaan aktif sejak awal tahun ini bagi pasaran tempatan.

Katanya, suspek mendapat bekalan dari negara jiran yang diterima mereka mengikut permintaan.

"Jumlah keseluruhan dadah yang dirampas boleh digunakan seramai 20,000 penagih dadah.

"Kedua-dua suspek direman selama tujuh hari sehingga 28 Julai bagi siasatan," katanya lagi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 38B Akta Dadah Berbahaya 1952.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ongkar-makmal-dadah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2023 01:36 PM | Show all posts
Tahniah diucapkan kepada anggota pois yang cekap dalam menjalankan tugasan hakiki
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2023 04:47 PM | Show all posts
Tahniah PDRM cekap menjalankan tugas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 03:46 PM GMT+8 , Processed in 0.511883 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list