CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 297|Reply: 0

[Pulau Pinang] 'DAP tak pernah bertanding pun di DUN Sungai Acheh..'

[Copy link]
Post time 23-7-2023 02:18 PM | Show all posts |Read mode
'DAP tak pernah bertanding pun di DUN Sungai Acheh..'


Oleh Nur Izzati Mohamad - Julai 23, 2023 @ 1:55pm [email protected]




Calon BN bagi kerusi DUN Sungai Acheh, Rashidi Zinol. - NSTP/DANIAL SAAD




NIBONG TEBAL: Sejarah pilihan raya menunjukkan DAP tidak pernah bertanding atau meletakkan calonnya bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Acheh, sekali gus menolak momokan 'pangkah Barisan Nasional (BN) adalah undi bagi DAP'.

Calon BN bagi kerusi itu, Rashidi Zinol, menyedari pengundi kini ditekan dengan dakwaan sedemikian walaupun hakikat sebenar jauh berbeza.

"DAP tak bertanding pun di sini (DUN Sungai Acheh), jadi kita beritahu apa yang kita buat ini (bekerjasama) adalah untuk rakyat dan menguntungkan mereka.

"Saya selalu buat perjumpaan dengan masyarakat terutama anak muda dan cerita habis (beri penerangan penuh) supaya mereka faham," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Rashidi, 53, yang juga Ketua UMNO Bahagian Nibong Tebal, diumum sebagai calon BN bagi kerusi DUN Sungai Acheh oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, kelmarin.

Memulakan kerjaya politik pada 1995, Rashidi yakin sokongan terhadap UMNO di Sungai Acheh masih kuat memandangkan UMNO pernah memenangi kerusi berkenaan sebelum pengundi memilih PKR pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

"Kini, BN dan Pakatan Harapan (PH) bergabung bagi membentuk Kerajaan Perpaduan dan PKR setuju menyerahkan kerusi ini kepada UMNO untuk ditandingi atas dasar semangat perpaduan.

"Saya akan berusaha memenangi hati pengundi dan yakin sokongan terhadap UMNO masih kuat, cuma mungkin kefahaman masyarakat mengenai Kerajaan Perpaduan dan MADANI masih kurang.

"Kita akan tingkatkan kempen termasuk dari rumah ke rumah," katanya.

Kerusi DUN Sungai Acheh dimenangi wakil PKR, Zulkifli Ibrahim pada 2018 selepas menewaskan Datuk Mahmud Zakaria daripada UMNO yang menjadi wakil rakyat kawasan itu selama dua penggal sejak 2008.

Bagaimanapun, kerusi itu diisytihar kosong selepas Zulkifli menyertai BERSATU.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 03:54 PM GMT+8 , Processed in 0.172491 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list