CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 272|Reply: 0

Potongan sehingga 37%

[Copy link]
Post time 26-7-2023 07:17 AM | Show all posts |Read mode
Potongan sehingga 37%

VIVIAN menunjukkan perbandingan harga untuk produk runcit yang dijual di Lotus's Kepong.


SEBAGAI menyahut saranan kerajaan menangani kos sara hidup, Lotus's Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Lotus's Malaysia) melalui kempen Hari-Hari Harga Rendah menawarkan lebih 3,500 barangan runcitnya pada harga diskaun lebih 37 peratus.

Pengarah Eksekutif Pelanggan Lotus's Malaysia, Vivian Yap berkata, di bawah inisiatif #LotussLebihMurah pihaknya bukan saja membuat potongan harga pada hari tertentu, malah setiap hari yang mana setiap minggu lebih 200 ke 300 produk terpilih turut diberi diskaun sehingga 50 peratus.

Katanya, lebih menarik tawaran Hari-Hari Harga Rendah itu boleh didapati di 66 cawangan Lotus's Malaysia seluruh negara dan pembelian secara dalam talian.

"Ramai rakyat yang masih bergelut dengan kenaikan kos sara hidup, justeru kami mengambil langkah menawarkan lebih 3,500 produk runcit berjenama terkemuka dan jenama Lotus's untuk memberi pelanggan lebih nilai ketika mereka membeli-belah.

"Tahun ini juga Lotus's Malaysia melabur sebanyak RM50 juta bagi menjayakan kempen ini sekali gus memberi rakyat lebih banyak pilihan produk pada harga rendah setiap hari.

"Pelaburan itu komitmen kami memastikan harga barangan di Lotus's Malaysia ditawarkan semurah yang boleh di pasaran," katanya.

Menurutnya, pelanggan dapat menikmati harga lebih murah ini di semua stor Lotus's, Lotus's Shop Online dan Lotus's di Lazada, Shopee, foodpanda dan Grab.

Vivian berkata, Lotus's juga memperkenalkan promosi penurunan harga yang lain seperti Segar & Murah yang menawarkan pilihan produk segar dengan harga lebih rendah dan pembelian dengan pembelian (PWP) pada Jun lalu.

"Sambutannya begitu luar biasa dan peha ayam yang dijual pada harga hanya RM1, habis terjual dan melebihi permintaan.

"Oleh itu, kami sentiasa memastikan pelanggan masih dapat membeli produk kesukaan mereka pada harga rendah setiap hari serta dapat berjimat dengan lebih banyak apabila mereka menggunakan mata ganjaran Lotus's ketika membuat pembayaran," katanya.

Beliau berkata, bagi keluarga ingin mencari alternatif lebih murah, Lotus's Malaysia menawarkan lebih 3,000 produk jenama Lotus's di stor dan dalam talian.

"Kami tidak mengurangkan kualiti produk jenama Lotus's walaupun ditawarkan pada harga 20 hingga 30 peratus lebih rendah, malah pelanggan banyak memilih produk jenama kami terdiri daripada makanan (susu, nuget, kentang) dan bukan makanan," katanya.

Selain itu, beliau berkata 59 medan selera Lotus's di seluruh negara akan terus menawarkan Menu Rahmah pada harga RM5.

Lotus's juga akan segera memperluaskan inisiatif Rahmah dengan memberikan potongan sebanyak 10 peratus untuk bahan utama kepada pengusaha makanan yang menawarkan Menu Rahmah.


Sumber:https://www.hmetro.com.my/bisnes ... otongan-sehingga-37

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 200210 Replies : 4713
Cinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup putuskan hubungan dengan ibu bapa demi berkahwin lelaki 80 tahun
YgBenarCinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup pu
Views : 864 Replies : 4
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 24043 Replies : 161
‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penyediaan Makanan Bersih & Selamat’ – Chef Wan
YgBenar‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penye
Views : 11963 Replies : 13
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73688 Replies : 322
Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Ayah Angkat Berumur 66 Tahun. Suami Isteri Dah Direman.
ainiz81Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Aya
Views : 11543 Replies : 187
Beza wasap status ikut level
chaconBeza wasap status ikut level
Views : 5075 Replies : 10
Nama pokok ni?
BelovedTaeyeonNama pokok ni?
Views : 6357 Replies : 15
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30478 Replies : 185
Awesome place in Iceland --
dexaAwesome place in Iceland --
Views : 1453 Replies : 1

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 08:20 PM GMT+8 , Processed in 0.060272 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list