CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 403|Reply: 0

[Pulau Pinang] Keluar DAP, David bertanding calon Bebas di DUN Prai

[Copy link]
Post time 27-7-2023 02:03 PM | Show all posts |Read mode
Keluar DAP, David bertanding calon Bebas di DUN Prai


Oleh Nur Izzati Mohamad - Julai 27, 2023 @ 11:58am [email protected]




David mengumumkan bertanding sebagai calon Bebas di DUN Prai selepas keluar daripada DAP pada sidang media hari ini. NSTP/DANIAL SAAD




BUTTERWORTH: Bekas Ketua Cawangan DAP Batu Kawan, David Marshel, yang keluar daripada parti itu berkuat kuasa semalam, mengumumkan akan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Prai sebagai calon Bebas pada pilihan raya negeri (PRN) 12 Ogos ini.

Tindakan itu dibuat bukan atas kepentingan diri selepas bersama parti itu selama 15 tahun, sebaliknya mahu menyelamatkan DAP daripada kepimpinan Pengerusinya, Lim Guan Eng, selain mahu menyokong Ahli Parlimen Batu Kawan, Chow Kon Yeow kekal sebagai Ketua Menteri negeri itu.

David,47, berkata, beliau sudah menyerahkan surat keluar parti kepada Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook semalam dan keputusan itu dihormati Ahli Parlimen Seremban berkenaan.

"Saya sanggup berkorban untuk kebaikan parti. Tiada siapa yang berani bersuara menentang Guan Eng selama ini, jadi saya sendiri akan melakukannya.

"Keputusan ini (keluar parti) amat berat dan paling sedih dalam hidup saya selepas 15 tahun sebagai ahli DAP, apatah lagi ini adalah parti yang saya cintai.

"Selama ini saya mendiamkan diri, namun pencalonan kali ini (calon DAP untuk bertanding PRN) menyakitkan hati saya yang mana saya terpaksa juga ambil keputusan yang menyakitkan hati (keluar parti) ini.

"Saya akan bertanding sebagai calon Bebas. Keputusan ini kerana saya nak sokong kepemimpinan Kon Yeow dan selamatkan DAP daripada Guan Eng yang sedang mengatur dengan menyenaraikan semua calon DAP bertanding pada PRN kali ini adalah 'orang-orangnya' yang membolehkan dia kembali berkuasa di Pulau Pinang," katanya pada sidang media di Perai, di sini, hari ini.

David sebelum ini adalah Setiausaha Perhubungan Bahagian DAP Batu Kawan dan Ketua Cawangan Kampung Jawa Autocity.

Dalam laporan media semalam, Guan Eng, menggesa pemimpin DAP yang digugurkan daripada menjadi calon PRN Pulau Pinang supaya terus bersatu menyokong parti itu bagi memastikan negeri itu kekal ditadbir Pakatan Harapan (PH).

Guan Eng berkata, DAP faham perasaan bekas wakil rakyat yang tidak dicalonkan semula, tetapi berharap mereka akan menyokong keputusan parti.

Guan Eng turut membidas kritikan dilemparkan mengenai pencalonannya bagi DUN Air Putih, walaupun beliau juga Ahli Parlimen Bagan dengan berkata, kepimpinan DAP mahu mempunyai gabungan 'kesinambungan dan pembaharuan'.

Ketika ditanya adakah ada lagi ahli DAP yang akan mengikut jejak langkahnya untuk keluar parti, David berkata, beliau menasihati mereka untuk tidak berbuat demikian.

"Saya ada pengaruh dalam parti, tetapi saya kata kepada mereka (ahli DAP) jangan keluar parti, tolong Kon Yeow dan tunggu sampai pemilihan jawatankuasa parti awal tahun depan.

"Kes saya berbeza, saya jadi calon Bebas dan akan ada pengumuman seterusnya yang saya akan buat," katanya.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 03:34 PM GMT+8 , Processed in 0.348467 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list