CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3116|Reply: 10

PRN: Tun Mahathir Ramal PN Menang 5-1 "Pulau Pinang Je Tak Boleh Tembus"

[Copy link]
Post time 28-7-2023 03:10 PM | Show all posts |Read mode
Langkawi: Tun Dr Mahathir Mohamad, meramalkan Perikatan Nasional (PN) menang mudah 5-1 pada Pilihan Raya Negeri (PRN) membabitkan enam negeri, 12 Ogos ini.


Bekas Perdana Menteri itu berkata, gabungan parti pimpinan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin itu mempunyai harapan cerah menguasai kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) membabitkan lima daripada enam negeri yang mengadakan pilihan raya serentak.


"Saya berpendapat PN mempunyai potensi baik iaitu mereka mungkin menang semua negeri di Pantai Timur (Kelantan dan Terengganu) selain di Kedah, Selangor dan Negeri Sembilan.


Foto: Harian Metro




"Cuma mereka (PN) tidak boleh tembusi di Pulau Pinang," katanya seperti dipetik di Harian Metro.


Dr Mahathir berkata, ramalan itu dibuat berdasarkan perubahan sentimen yang diperlihatkan dalam kalangan pengundi yang lanjut usia, khususnya orang Melayu di luar bandar.


"Sentimen pengundi Melayu kini tidak sama ketika berlangsungnya Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu kerana kebanyakan mereka kini berasa curiga terhadap masa depan.


"Mereka lihat kedudukan (ekonomi) tidak berubah, masih miskin dan berasa tertekan, pada masa sama tidak dapat petunjuk atau cadangan kerajaan bagaimana untuk membawa kemajuan kepada mereka," katanya.


Sementara itu, ketika diminta mengulas kemungkinan terdapat lambakan calon Bebas pada PRN di enam negeri, beliau berkata, jika perkara itu berlaku, ia memperlihatkan ada pihak cuba memperlekehkan proses pilihan raya.


"(Jika ada lambakan calon Bebas) nampak pilihan raya ini macam (perkara) main-main dan tak serius. Apa boleh buat oleh individu yang menjadi calon Bebas, saya nampak dia tak boleh buat apa pun.


"Cuma (kalau menang) boleh pergi Parlimen dan bercakap, tapi tak ada kesan sama sekali, kerana tidak mewakili suara ramai sebab pilihan raya untuk membentuk kerajaan, bukan nak jadi wakil rakyat semata-mata," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2023 03:55 PM | Show all posts

Mahathir: PN akan menang 5-1, tapi tak boleh tembus Pulau Pinang

Mahathir: PN akan menang 5-1, tapi tak boleh tembus Pulau Pinang

https://www.malaysiakini.com/news/673528

Diterbitkan:  Jul 28, 2023 3:28 PM⋅
Dikemaskini: 3:31 PM



Dr Mahathir Mohamad yakin Perikatan Nasional (PN) mampu  menang di lima daripada enam negeri yang akan mengadakan pilihan raya negeri (PRN), pada 12 Ogos ini.

Bagaimanapun, katanya,  gabungan parti pimpinan  Muhyiddin Mohd Yassin itu diramal tidak dapat menembusi Pulau Pinang.

"Saya berpendapat PN mempunyai potensi baik iaitu mereka mungkin menang semua negeri di Pantai Timur (Kelantan dan Terengganu), selain di Kedah, Selangor dan Negeri Sembilan..

Bekas perdana menteri itu berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri sebuah majlis di Langkawi, hari ini.




“Kita dapati bahawa sentimen orang ramai bertukar. Tidak seperti pilihan raya dahulu.

“Orang Melayu umpamanya berasa curiga tentang masa depan mereka, terutamanya generasi tua, generasi lama kerana mereka lihat kedudukan mereka tidak berubah, masih miskin dan berasa tertekan.

“Mereka tak dapat petunjuk atau cadangan daripada kerajaan bagaimana untuk mengatasi masalah mereka,” katanya.

Ditanya mengenai ramai calon yang dijangka bertanding atas tiket Bebas, dia berkata, mereka bukanlah calon yang serius.


“Apa boleh buat orang perseorangan yang jadi calon bebas? Dia tak boleh buat apa pun.  Dia boleh pergi ke Parlimen, bercakap. Tapi tak ada kesan sama sekali.

“Yang berkesan kalau kita jadi kerajaan. Sebab itu dalam pilihan raya hasratnya nak mendirikan kerajaan, bukan nak jadi wakil rakyat,” katanya.

Pada sidang media itu, Mahathir juga menjelaskan bahawa kehadirannya dalam program PN sejak kebelakangan ini bukan bermakna dirinya menyertai mana-mana parti.

Katanya, penampilannya hanya untuk menyokong mereka kerana mempunyai objektif yang sama.




“Saya hanya hadir untuk perjumpaan. Saya tidak menyertai PAS. Bukan PAS, bukan PN mahu pun Putra. Saya bebas daripada semua parti politik.

“Mereka (PAS) mempunyai objektif sama dengan saya, jadi saya akan sokong mereka.

“Kami lihat kerajaan sekarang adalah kerajaan yang dipanggil sebagai kakistokrasi yang tidak tahu bagaimana hendak memerintah. Jadi kita perlu ubah (kerajaan),” katanya.

Mahathir juga pernah bersama Bersatu tetapi kemudiannya dipecat oleh Muhyiddin.

Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2023 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts



Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2023 04:26 PM | Show all posts
Edited by antikorok at 28-7-2023 04:35 PM

Yeker 5-1? Mcm terlebih ovah confident jah. Pulau Pinang memang tak dapat disangkal lagik tak undi pong dah tahu yg mana bakalan menang. Rasanya Selangor pong masih bakalan duk bawah tiak Pee eeH lagik nanti walaupong dah lenconn berkali2 dihancingkan. Kedah dan Kelantan pasti bawah PN ler kuasa Isley. Ganu sekejap boleh ke PN dan kalau rakyat serik dgn gomen skrg yg tak berapa function boleh ler humban yg sedia ada tergolek semula ke jurang Mariana sana sokong yg lain balik, Nogori 50-50 tapi rasa mcm PH-BN jah, dah memang kubu kuat BN dolu, PN bermimpi jah nak rebot Nogori. Done spekulasi prn tak laku haku


Whatevahhh, tak minat 2-2 pong. Kosser la haku nak balik mengundi bln 8 ni menyusahkan orang, hengat orang ada masa huntok sakit kepala nak menghadap jemm dan nak ambil coti semata2 nak balik undi tapi last tauk yg tuh pong bakalan menang??  Kosser haku, puaka betol yg susahkan orang buat dua kali tarikh lain mengundi ni. Puihhhh!

Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2023 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodo punya wartawan cari.....kelam kabut sgt nk bukak thread
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2023 04:56 PM | Show all posts
awat neh??elaun dh kurang sgt ka camna??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-7-2023 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua PHBN sapu habisssss....PN dah jadi pariah...dgn badut nye yg mulut celupar....walaun2 yg kurang bijak menilai....dgn MP2  nye yg cabut keluar parlimen sbb takut nak bahas belanjawan time diaorang berkuasa. Dengan sombong mereka ke atas titah YDPA utk tubuh kerajaan Perpaduan dgn PH....dgn kegagalan 30tahun di kelantan tak habis2 isu air kotor...duit takde tapi boleh beli mercedes utk MB n exco2...dgn menunggang agama tak sudah ...tapi presiden Pas sendiri tak dibenarkan ke Arab Saudi....dgn skandal menteri dlm kereta dgn janda fizo...dgn isu REE yg diaorang curi...kes janawibawa yg dah beberapa orang didakwa termasuklah Midin sembab anak beranak.. kes rasuah pengundi.... hmm..banyaknye lah....
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2023 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Rendah nye maruah Tun M sebagai negarawan yg di segani satu masa dlu. Dlu org kata die kuku besi. Now apa yg aku nampakialah seorang manusia takde pendirian. Bersara la cara terhormat. Kat langkawi pon dah kalah teruk, now join lobai ghuyupp plak demi secebis sokongan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2023 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
selangor mmg kubu ph/bn.
calon pn tu org pn pun tk kenal.
ptg td burger free umno dah di faraid
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2023 12:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmm...i mcm x berapa yakin. Iols rasa status quo je sume. Tp iols harap PN bole wat kejutan
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2023 12:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Mamak kutty ni anak beranak cucu cicit tak tau apa kerja ....asik enjoy life jer.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-9-2024 01:45 AM GMT+8 , Processed in 0.036301 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list