View: 1091|Reply: 0
|
[Kedah]
Wanita cedera ditimpa dron pertanian
[Copy link]
|
|

Alor Setar: Polis menahan seorang lelaki dipercayai cuba menerbangkan dron di Pendang pada Hari Penamaan Calon sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah, hari ini.
Ketua Polis Kedah Datuk Fisol Salleh berkata, lelaki berusia 24 tahun itu ditahan oleh pasukan Ops Cantas kerana menerbangkan dron di atas penyokong sewaktu penamaan calon.
Beliau berkata, pihaknya menahan lelaki itu untuk siasatan lanjut dan merampas dron berkenaan.
"Dalam kejadian berasingan di Kuala Kedah, seorang wanita cedera di kepala selepas terkena dron yang menimpanya.
"Bagaimanapun, mangsa stabil dan dirawat di hospital. Kami difahamkan, dron terbabit diterbangkan untuk kegiatan pertanian dan tiada tangkapan dibuat namun ia masih dalam siasatan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah.
Kes disiasat mengikut Seksyen 143 Peraturan Penerbangan Awam 2016.
Beliau berkata, penggunaan dron tidak dibenarkan langsung terutama pada hari penamaan calon dan hari mengundi pada 12 Ogos ini, kecuali mendapat kebenaran daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA).
"Jika membabitkan kecederaan, kita akan siasat menggunakan peruntukan undang-undang lain.
"Perkara ini sudah dimaklumkan sebelum ini dan memang kita tak benarkan penggunaan dron pada ketika ini," katanya.
Sementara itu, Fisol berkata, proses penamaan calon di 17 Pusat Penamaan Calon yang membabitkan 36 Dun di Kedah berjalan lancar.
Beliau berkata, 2, 694 pegawai dan anggota ditugaskan untuk mengawal keadaan di semua kawasan terbabit.
Katanya, pihaknya mendapati, sebahagian besar kawasan mempunyai antara 200 hingga 500 penyokong malah ada yang membabitkan sehingga 2,000 penyokong hadir bagi memberi semangat kepada calon parti masing-masing.
"Paling ramai adalah di Baling iaitu hampir 5,000 penyokong namun tiada insiden tidak diingini berlaku dan proses penamaan calon berjalan lancar," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... impa-dron-pertanian |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|