CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1285|Reply: 0

[Pulau Pinang] Ribuan pengunjung meriahkan KJH pada hari terakhir

[Copy link]
Post time 30-7-2023 02:05 PM | Show all posts |Read mode
Ribuan pengunjung meriahkan KJH pada hari terakhir


Nur Izzati Mohamad
[email protected]



ANTARA pengunjung di reruai Dinoland sempena KJH di Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan. FOTO Danial Saad




Batu Kawan: Dataran Stadium Negeri Pulau Pinang di Batu Kawan, di sini, dilimpahi ribuan pengunjung memeriahkan Karnival Jom Heboh (KJH) yang akan melabuhkan tirai hari ini.

Cuaca panas tidak menjadi penghalang untuk orang ramai mengelilingi perkarangan 145 reruai pameran yang disediakan sambil membeli dan berhibur bersama keluarga.

Pengarang Urusan Kumpulan New Straits Times Press (NSTP), Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman berkata, penduduk diminta tidak melepaskan peluang merasai kemeriahan karnival yang akan berakhir hari ini.

"Di NSTP kita membawakan reruai Dinoland yang bayaran masuk hanya RM20 untuk seisi keluarga yang turut melayakkan mereka bukan saja mendapat naskhah akhbar percuma daripada NST, Berita Harian (BH) dan Harian Metro (HM) serta cenderahati percuma tetapi turut melayakkan mereka untuk memenangi hadiah cabutan bertuah.

"Bahkan untuk hari terakhir ini kita akan mengadakan cabutan bertuah untuk hadiah utama yang berupa Android TV 42 inci," katanya ketika ditemui, hari ini.

Selain reruai NSTP, pengunjung turut boleh mengunjungi reruai Studio Tonton Drama Sangat (TV3, TV9, Tonton), Buletin FM, OH BULAN dan VOCKET.

Penaja yang menyertai KJH antaranya Baba's, Julies, Mr Bentong, Himalaya dan Enrico's turut menawarkan promosi menarik barangan serendah RM10.

Pengunjung juga boleh bertemu dan bergambar bersama-sama dengan selebriti kegemaran yang dibawakan khas untuk penduduk negeri itu.

Sementara itu, pengunjung, Nurul Hidayah Hassan, 29, berkata, biarpun terpaksa mengharungi kesesakan lalu-lintas dia tetap menggagahkan diri untuk hadir kerana amat meminati KJH sejak dulu lagi.

"Jom Heboh ini dah jadi satu program yang wajib saya pi (pergi) kerana saya suka sambil jalan-jalan tengok pameran, boleh juga membeli-belah barangan makanan serta minuman yang dijual pada harga lebih murah.

"Tambah-tambah setiap barang banyak dijual pada harga RM10 satu pek yang bila di luar susah nak jumpa.

"Pada masa sama, boleh bersantai dan berhibur di booth (reruai) seperti Studio Tonton Drama Sangat dan sebagainya," katanya.

Bagi Azhari Abdul Rahman, 40, dari Parit Buntar, Perak berkata, dia mengambil kesempatan cuti hujung minggu membawa keluarganya mengisi masa lapang.

"Lagipun selain jualan barangan ada juga agensi-agensi lain yang turut ada di sini antaranya Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

"Bagi saya karnival seperti ini boleh diteruskan lagi pada masa-masa akan datang untuk manfaat semua," katanya.



Disiarkan pada: Julai 30, 2023 @ 1:36pm










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 04:56 PM GMT+8 , Processed in 0.707708 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list