View: 2758|Reply: 2
|
[Tempatan]
Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah lapor polis berhubung dakwaan fitnah. #2, MBI Kedah lapor polis kenyataan Menteri Dalam Negeri (KDN), Saifuddin Nasution Ismail
[Copy link]
|
|
Edited by EJALTI at 31-7-2023 02:31 AM
MBI Kedah lapor polis berhubung dakwaan fitnah
https://www.bharian.com.my/berit ... bung-dakwaan-fitnah
Oleh Zuliaty Zulkiffli - Julai 31, 2023 @ 10:01am
[email protected]
- Foto hiasan
ALOR SETAR: Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah membuat laporan polis semalam berhubung kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkaitan anak syarikat kerajaan negeri (GLC) itu.
Jurucakap Polis Kedah, Senior Asisten Komisioner Alzafny Ahmad, berkata laporan itu dibuat Pengurus Sumber Manusia dan Pentadbiran MBI Kedah pada jam 5.57 petang.
"Wanita itu membuat laporan polis bagi menafikan dakwaan Saifuddin yang tular dalam media sosial pada 27 Julai lalu menyatakan terdapat seorang lelaki China bekerja dengan MBI Kedah.
"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya dalam kenyataan hari ini.
Saifuddin dalam siri ceramah sebelum ini beberapa kali membuat dakwaan kononnya terdapat lelaki warga China yang dibawa masuk dan diambil bekerja dengan MBI bagi projek unsur nadir bumi (REE).
Alzafny dalam pada itu memaklumkan, pihaknya setakat ini tidak menerima sebarang laporan mengenai ucapan menyentuh perkara berkaitan agama, raja dan kaum (3R).
Secara keseluruhan terdapat 59 ceramah diadakan di seluruh Kedah semalam iaitu 10 membabitkan Barisan Nasional (BN), lima Pakatan Harapan (PH), 38 Perikatan Nasional (PN) dan enam bebas.
Setakat ini Kota Setar merekodkan jumlah ceramah terbanyak iaitu 13, diikuti Kulim (tujuh), Baling (enam) dan Kubang Pasu (lima).
|
|
|
|
|
|
|
|
MBI Kedah lapor polis kenyataan Saifuddin
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... kenyataan-saifuddin
Zuliaty Zulkiffli
[email protected]
Disiarkan pada: Julai 31, 2023 @ 10:19am
Saifuddin Nasution Ismail
Alor Setar: Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah membuat laporan polis susulan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkaitan anak syarikat kerajaan negeri (GLC) itu.
Jurucakap Polis Kedah, Senior Asisten Komisioner Alzafny Ahmad berkata, laporan dibuat Pengurus Sumber Manusia dan Pentadbiran MBI Kedah pada 5.57 petang semalam.
"Wanita itu membuat laporan polis bagi menafikan dakwaan Saifuddin yang tular di media sosial pada 27 Julai lalu, menyatakan terdapat lelaki China bekerja dengan MBI Kedah.
"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya.
Saifuddin dalam siri ceramah sebelum ini beberapa kali membuat dakwaan kononnya terdapat lelaki warga China yang dibawa masuk dan diambil bekerja dengan MBI bagi projek unsur nadir bumi (REE).
Dalam pada itu, Alzafny berkata, setakat ini polis tidak menerima sebarang laporan mengenai ucapan menyentuh perkara berkaitan agama, raja dan kaum (3R).
"Keseluruhannya terdapat 59 ceramah diadakan di seluruh Kedah semalam iaitu 10 melibatkan Barisan Nasional (BN), lima Pakatan Harapan (PH), 38 Perikatan Nasional (PN) dan enam bebas.
"Setakat ini Kota Setar merekodkan jumlah ceramah terbanyak iaitu 13, diikuti Kulim (7), Baling (6) dan Kubang Pasu (5)," katanya. |
|
|
|
|
|
|
| |
|