CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2373|Reply: 12

[Tempatan] Lagi pemimpin PN tolak debat, Rafizi lontar pantun ‘sembang kencang’

[Copy link]
Post time 31-7-2023 02:07 PM | Show all posts |Read mode
Lagi pemimpin PN tolak debat, Rafizi lontar pantun ‘sembang kencang’

https://www.malaysiakini.com/news/673831

Diterbitkan:  Jul 31, 2023 1:28 PM⋅
Dikemaskini: 1:34 PM



Menteri Ekonomi Rafizi Ramli mendedahkan dia telah mendapat jawapan balas anggota parlimen Bachok Mohd Syahir Sulaiman berkaitan cabaran debatnya.

Dia justeru membuat kesimpulan bahawa tiada pihak dalam Perikatan Nasional (PN) berani ke depan.

“Dari mantan menteri ekonomi PN ke panglima PN ke ekonomis teknokrat paling cerdik PN - semua tidak berani bentang agenda ekonomi mereka,” katanya.

Dia juga sempat melontar pantun dua kerat.

“Nak ke bulan konon nak menang
Perancangan rakyat tak keruan sembang kencang”

Syahir semalam berkata dia menunggu surat undangan daripada Rafizi untuk berdebat dalam hal ehwal ekonomi.

Rafizi mengalihkan cabaran itu kepadanya selepas Menteri Besar Kedah Sanusi Md Noor menolaknya dan Pengerusi PN Selangor Mohamed Azmin Ali juga dikatakan berpendirian sama.

Dua hari lepas, Azmin meletakkan syarat bahawa Rafizi perlu membuktikan terlebih dahulu telah berjaya dalam pelaksanaan dan pemulihan ekonomi negara.

Sementara itu, dalam surat balasan yang didedahkan itu, Syahir berkata dia sependapat dengan Sanusi bahawa lebih baik tenaga dan masa difokuskan untuk berkhidmat dan menyelesaikan masalah rakyat.


Sanusi Md Noor

Syahir bagaimanapun berkata dia sentiasa bersedia untuk berwacana dengan mana-mana pihak seperti dalam pilihan raya umum ke-14 secara terbuka, matang dan harmoni.

Diminta mengesahkan sama ada jawapan itu bermaksud dia menolak debat dengan Raizi, Syahir mengiyakannya dan sekali lagi menegaskan dia menurut jejak 'senior' Sanusi.

“Saya dah jawab jemputan beliau, dan saya dah jawab pantun beliau,” jelasnya ketika dihubungi Malaysiakini.


Azmin Ali

Rafizi pada mulanya mahu berdebat dengan Sanusi atas alasan memulakan budaya persaingan idea untuk membantu rakyat, berbanding tumpuan kepada retorik siapa lebih Melayu.

Rafizi memberikan kebebasan kepada Sanusi untuk memilih topik asalkan ia melibatkan isu ekonomi, seperti pembinaan lapangan terbang dan kebajikan golongan miskin.

Bersedia pada bila-bila masa sepanjang tempoh kempen pilihan raya di enam negeri, Rafizi percaya ia cara terbaik untuk menutup mulut Sanusi daripada memperlekehkan lawan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2023 03:10 PM | Show all posts
DNA pembangkang still melekat..
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2023 04:09 PM | Show all posts
PERLU KE BERDEBAT DGN KAKI KENCING....
TAK YAH LA....TANYA JE DIA...FORMULA MANA....FORMULA...


SEMBANG........
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2023 04:14 PM | Show all posts
antara tong kosong bunyi dipalu
dgn diam diam ubi berisi

hrmm buat keje la menteri ekonomi oiii
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2023 04:21 PM | Show all posts
buat apa berdebat ngan pakar formula kan

selagi tak terbukti formula tu berkesan ke idok
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2023 04:26 PM | Show all posts
Edited by tripleid at 31-7-2023 04:53 PM

ni lah peluang terbaik Nusi nak yakinkan satu malaya,justify dia punya projek epot kulim tuh.nape takut??

takut tembelang pecah,kantoi satu melaya tahu projek epot hang tu cuma klentong ja..??
















Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-7-2023 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Rafizi ni kenapa.. kementerian dia lead pun kelautan dalam tak function takde deliverables..
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2023 04:34 PM | Show all posts
green~tea replied at 31-7-2023 04:29 PM
Rafizi ni kenapa.. kementerian dia lead pun kelautan dalam tak function takde deliverables..

ke laut yg berjaya turunkan kadar inflasi 4 kepada 2 itu bagus.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2023 04:45 PM | Show all posts
Kesian Menteri tak dapat sambutan... Hina rase...
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2023 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
bangcak replied at 31-7-2023 04:34 PM
ke laut yg berjaya turunkan kadar inflasi 4 kepada 2 itu bagus.

Dapat gunakheun jargon deliverables dah nampak bijak ler....konon

Kahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2023 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Tong kosong memang bunyi kuat.. lepas ni boleh tukar portfolio Menteri/ Kementerian Hal Ehwal Debat
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2023 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
ctaz replied at 31-7-2023 04:09 PM
PERLU KE BERDEBAT DGN KAKI KENCING....
TAK YAH LA....TANYA JE DIA...FORMULA MANA....FORMULA...


tu dia dah bagi pentas nak tanya serang ape pon, patut lobai amik la peluang tembak depan2 pasal formula hancing piji
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2023 04:59 PM | Show all posts
stingergrumpy replied at 31-7-2023 04:51 PM
Dapat gunakheun jargon deliverables dah nampak bijak ler....konon

Kahkahkahkahkah

piji bukan reti cetak duit byk2
sbb tu walaun kata tak reti buat keja. lol
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-6-2024 03:48 AM GMT+8 , Processed in 0.055748 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list