CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1595|Reply: 1

Bayi Lelaki 'Mengandungkan' Kembar

[Copy link]
Post time 31-7-2023 02:26 PM | Show all posts |Read mode
Janin seberat dua kilogram (kg) berjaya dikeluarkan  dari perut bayi berusia tujuh bulan pada Jumaat lalu.


Pembedahan dijalankan di Hospital Kanak-Kanak Sarojini Naidu di Uttar Pradesh itu berlangsung selama empat jam dengan bayi lelaki terbabit mungkin yang pertama di negeri berkenaan menderita keganjilan dikenali 'fetus in fetu (FIF)'.




Gambar hiasan




Dr D Kumar yang mengetuai pasukan perubatan bagi prosedur terbabit memaklumkan kanak-kanak itu kini dalam keadaan baik.


Bapa bayi itu yang juga petani dari kawasan Kunda di daerah Pratapgarh membawa anaknya ke jabatan kecemasan di Hospital Swaroop Rani Nehru pada 24 Julai lalu.


"Ibu bayi sudah meninggal dunia ketika melahirkannya. Perut bayi itu pula kembung dan dia mengadu kesakitan melampau.


"Imbasan CT scan yang dijalankan selepas pemeriksaan biasa menunjukkan yang bayi itu mengandungkan janin," kata doktor yang mengesahkan janin dikeluarkan menerusi pembedahan terbabit.


Dr Kumar berkata, FIF adalah anomali kongenital yang jarang berlaku, yang mana janin cacat membesar dalam badan kembar.


"Ia berlaku apabila seorang daripada kembar membesar dalam perut ibu, manakala seorang lagi hidup dalam perut bayi," jelasnya.


Pada hujung 90-an, seorang lelaki dari Nagpur di Maharashtra dikenali Bhagat digelar 'lelaki hamil' apabila mempunyai perut yang menonjol dan disahkan 'mengandungkan' kembarnya selama lebih 36 tahun.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2023 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Where exactly dalam perut tu?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-6-2024 03:41 AM GMT+8 , Processed in 0.052491 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list