View: 1359|Reply: 10
|
[Politik]
Rakyat cukup bijaksana buat pilihan objektif - Muhammad Hilman
[Copy link]
|
|
Rakyat cukup bijaksana buat pilihan objektif - Muhammad Hilman
Hilman.
Gombak: Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham optimis mempertahankan kerusi dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
Menurutnya, beliau masih berkeyakinan warga Gombak akan meneruskan sokongan mereka kepada Perikatan Nasional (PN) dan dirinya untuk meneruskan khidmat sebagai wakil rakyat di kawasan berkenaan.
Bagaimanapun beliau juga mengakui lawannya mempunyai kelebihan tersendiri kerana pihak berkenaan adalah sebahagian daripada kerajaan persekutuan dan negeri.
"Tetapi bagi saya, rakyat hari ini cukup bijaksana membuat pilihan yang objektif.
"Pada masa sama landskap politik juga berubah, landskap politik yang berlaku hari ini sama sekali tidak sama (seperti) landskap politik pada PRU lalu.
"PRU lalu pertandingannya tiga penjuru antara tiga gabungan yang besar, pada kali ini landskap politik berbeza sebab ada dua gabungan saja," katanya pada Majlis Ramah Mesra Bersama Pengamal Media dan Influencer Media Sosial di Pusat Khidmat Rakyat Dun Gombak Setia, di sini, hari ini.
Justeru, katanya, itu akan membuatkan rakyat membuat pilihan yang tepat dalam pemilihan wakil rakyat bagi pilihan raya kali ini.
"Apatah lagi saya yakin dalam PRU lalu, rakyat masih cuba memberi peluang kepada mereka yang belum diberi peluang (mentadbir negara) sebelumnya.
"Tetapi hari ini rakyat sendiri merasai pilihan mereka sudah buat, peluang sudah diberikan tetapi sehingga hari ini rakyat masih lagi terbeban dengan pelbagai isu," katanya.
Selain Muhammad Hilman, kerusi Dun Gombak Setia bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor ditandingi Pengerusi BN Selangor Datuk Megat Zulkarnain Omardin (PH-BN) dan Mohamed Salim Mohamed Ali (Bebas).
Pada PRU-14, kerusi Dun itu dimenangi Muhammad Hilman yang ketika itu mewakili PKR dengan majoriti 12,399 undi menewaskan Hasbullah Ridzwan (Pas) dan Megat Zulkarnain (BN).
Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... tif-muhammad-hilman
|
|
|
|
|
|
|
|
Hari ini rakyat begitu terasa dgn pelbagai isu harus akui penuh jujur bahawa masalah yg ada adalah rentetan tinggalan drp pemerintahan dahulu dn terdahulu. Jujur lah dn jgn sangsi untuk mengaku. Ini adalah fakta tidak semata2 untuk bersifat denial ttpi itulah dia seadanya. Masalah negara bukan hal yg mendadak timbul, sedangkn Bibit2 masalah sudah tersemai sebelum nya. Gara2 tercetus oleh orang lain, orang lain pula yg harus leraikn, itu bukan mudah. Sementara pemimpin yg ada sering dihasut benci, tidak harmonise, tidak koperatif malah dilaung2 kn agar terjunam jatuh, maka mana mungkin rakyat tenang dn sejahtera. Semoga rakyat bijak memilih dn dgn Bismillah, sila lah memilih. |
|
|
|
|
|
|
|
lorrr igtkan dh 40 lebih
sekali baru 34 umur dia
anak 3
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by tripleid at 31-7-2023 05:25 PM
Jambunyaa..mesti dah lobos kena jolok dgn Jemin
|
|
|
|
|
|
|
|
tripleid replied at 31-7-2023 05:23 PM
Jambunyaa..mesti dah lobos kena jolok dgn Jemin
Hilman ni main prempuan jela. Kan ada video dia kendong prempuan mabok2. Ke aku salah |
|
|
|
|
|
|
|
caprut replied at 31-7-2023 05:32 PM
Hilman ni main prempuan jela. Kan ada video dia kendong prempuan mabok2. Ke aku salah
..bodo la org gombak kalo undi kaki maksiat bertopengkan agama nih.jantan betina semua dia sapu
|
|
|
|
|
|
|
|
tripleid replied at 31-7-2023 06:20 PM
..bodo la org gombak kalo undi kaki maksiat bertopengkan agama nih.jantan betina semua dia sapu ...
Demi melayu dan islam |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu menang atas tiket PKR skrg PN?.. daripada PKR tukar bersatu ke? |
|
|
|
|
|
|
|
die ni lalu depan bilik hotel masa jemin dgn haziq dlm cctvkan? mcm cover line... perlukah diundi org ini? |
|
|
|
|
|
|
|
No gud, no luck la. Wat say u?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|