CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1426|Reply: 0

[Pulau Pinang] 'Manifesto bukti Kerajaan Perpaduan letak kepentingan rakyat di hadapan'

[Copy link]
Post time 2-8-2023 10:55 AM | Show all posts |Read mode
'Manifesto bukti Kerajaan Perpaduan letak kepentingan rakyat di hadapan'

02 Ogos 2023 10:33am





Kon Yeow




BUTTERWORTH - Tawaran di dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang pada pilihan raya negeri (PRN) membuktikan Kerajaan Perpaduan meletakkan kepentingan rakyat di hadapan.

Malah, menurut Pengerusi PH Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, ia juga membuktikan Kerajaan Perpaduan tidak pernah mensia-siakan kepercayaan dan mandat yang diberikan rakyat di negeri itu.

Menurut Kon Yeow, hubungan perpaduan yang terbentuk itu juga bakal memberi kebaikan kepada rakyat Pulau Pinang menerusi 16 tunjang utama yang telah digariskan.

Jelasnya, beliau mahu terus memperjuangkan nasib rakyat sekiranya diberikan mandat untuk mentadbir Pulau Pinang sekali lagi.

“Kita sentiasa memikul amanah yang diberikan, memastikan bahawa tiada pihak yang terpinggir atau dipinggirkan, prinsip negeri berkebajikan yang sentiasa menjadi pegangan dan pastinya kita membangun bersama-sama dalam percambahan sosioekonomi Pulau Pinang secara keseluruhan.

“Manifesto perpaduan merupakan sebuah mandat yang baru yang bukan hanya menyediakan negeri ini ke arah lonjakan kedua ekonomi baharu sejajar dengan landasan ekonomi Madani yang mensasarkan KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) negara bercambah sebanyak enam peratus malah ia juga terus menyediakan serta mempelbagaikan bantuan-bantuan kepada golongan yang memerlukan tanpa mengira usia, latar belakang dan juga organisasi," katanya.

Kon Yeow berkata demikian ketika berucap pada Pelancaran Manifesto dan Pengenalan Calon-Calon Perpaduan negeri, di Pusat Konvensyen PICCA Butterworth Arena, di sini, malam tadi.

Menurut Kon Yeow, sejak menerajui kerajaan negeri pada tahun 2008, banyak cabaran yang telah diharungi terutamanya dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini, khususnya sewaktu berdepan pandemik Covid-19.



“Saya komited untuk meneruskan segala usaha yang dimulakan sejak tahun 2008, malah jika diberi mandat sekali lagi untuk menerajui Pulau Pinang sebagai Ketua Menteri, kerajaan yang dipimpin akan mewakili nilai-nilai perpaduan bukan perpecahan, pembangunan bukan kemunduran, kesejahteraan dan kebajikan rakyat serta tadbir urus yang baik” ujarnya.

Dalam pada itu, Kon Yeow berkata, pihaknya tekad untuk melaksanakan beberapa perancangan antaranya menambah baik aliran trafik serta melaksanakan pelan kontingensi air 2030 bagi memastikan krisis air tidak berulang. - Awani



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 04:19 PM GMT+8 , Processed in 0.045638 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list