CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 10725|Reply: 66

[Tempatan] 'Pejabat Pak Reza sudah siap di Alor Setar' - dedah Sanusi

[Copy link]
Post time 3-8-2023 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
'Pejabat Pak Reza sudah siap di Alor Setar' - dedah Sanusi


JITRA: Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendedahkan beliau mengetahui di mana lokasi pejabat pelabur Indonesia dikenali sebagai 'Reza Khalid' yang dikatakan berminat melombong bahan unsur nadir bumi (REE) di Kedah.

Beliau berkata, Reza Khalid ada membuat permohonan di satu tapak kawasan REE di Kedah bagi melakukan aktiviti itu, namun tidak dapat dilaksanakan kerana tidak memenuhi syarat termasuk kelulusan Laporan Impak Alam Sekitar (EIA).

"Tentang REE (adalah) pertembungan kuasa besar Amerika Syarikat (AS) dan China untuk menguasai tanah kita, saya sedar benda ini lama, saya ingat mereka tahu. Bos kamu bawa taikun besar mohon (tapak melombong), pejabat dia pun sudah siap di Alor Setar, esok kita akan tangkap gambar pejabat Pak Reza.

"Kawan ini (Reza) sudah proses mohon elok cuma EIA tak dapat, tak boleh jalan (aktiviti melombong) lagi, petak (tapak tanah) dia tanda masih dara tak tersentuh, bukan petak (tapak tanah REE) yang dicuri, yang curi Cina Malaysia nama Ho Chung Meng, bukan So Loi Fat (warga China).

"Kawan tu hutang helikopter banyak, saya dah kata kempen naik kereta sudah la, kamu pergi kempen naik helikopter siapa suruh? Helikopter bukan percuma, sewa satu jam RM30,000 ke RM40,000 maka tentu ada balasan. Balasan apa? Yang tengah buat sekarang ini lah, rebut nak kawasan (REE) kita," katanya.

Beliau berkata demikian pada Ceramah Perikatan Nasional (PN) Best di Dataran Darulaman, di sini malam tadi.

Muhammad Sanusi yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya PN turut mendakwa, kerajaan Pusat cuba campur tangan dalam mengawal kegiatan melombong REE di Kedah kerana mengetahui negeri itu mempunyai rizab simpanan bahan mineral berkenaan dalam jumlah yang banyak.

Katanya, beliau tidak akan membenarkan sama sekali kerajaan Persekutuan bertindak sedemikian kerana bahan mineral itu kini menjadi sumber kekayaan baharu Kedah yang hasilnya harus dinikmati semua rakyat negeri itu.

"Ada cadangan juga kerajaan Persekutuan ambil alih hal REE ini, bayar royalti macam petroleum (kepada negeri). Mana boleh, ini (REE) negeri punya. Taubat saya tak akan bagi, kalau PN perintah Pusat sekalipun, saya tak akan bagi kerana ini hak negeri.

"Negeri ini kuasa tak banyak, kuasa agama di bawah Tuanku Sultan, kuasa tanah yang kita boleh kutip cukai, kuasa ke atas air juga sudah tidak ada apabila diambil alih Persekutuan melalui Suruhanjaya Pengurusan Air Negara (SPAN) dan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.

"Hendak ambil juga REE memang tak boleh, memang berperanglah. Mereka buat kacau bilau sehingga satu dasar dibuat Persekutuan semua REE serah pada Pusat, saya tak akan biar, saya akan londeh (dedahkan) lagi," katanya.

Muhammad Sanusi pada ceramahnya di Pekan Naka malam kelmarin, mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan seorang warga Indonesia pernah datang ke Kedah untuk meninjau tapak lombong unsur nadir bumi (REE) sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.

Beliau berkata, warga Indonesia yang dikenali sebagai 'Reza Khalid' itu dikatakan menjadi pelabur yang berminat mengusahakan aktiviti melombong REE di Kedah.

Bagaimanapun, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mendakwa Muhammad Sanusi 'merapu' apabila mendakwa Anwar dan Reza Khalid memohon tanah bagi melombong REE di Kedah.


Comments

Lepas ni kalau buka thread tolong letak sekurang-kurangnya 1 gambar ya  Post time 4-8-2023 04:56 PM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2023 12:34 AM From the mobile phone | Show all posts
dulu masa kerajaan persekutuan banyak berdalih dan berlengah pasal projek aerotropolis/kxp, aku ingatkan projek ni sasaran utama ph-bn nak rampas kedah

tapi setelah apa yg jadi sejak kebelakangan ni, bolehlah dispekulasi yg projek galian unsur nadir bumi adalah sasaran utama ph-bn... kemudian baru la projek kxp tu

strategi serangan politik oleh ph ke atas sanusi ni sama ke masa ph/pkr serang khalid ibrahim utk rampas selangor dulu?
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2023 01:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Wahhh RPK dedah pak reza dpt 70% dan 30% tu.......
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2023 01:54 AM | Show all posts


Igt dulu ramai2 dok gelak dan perli nusi..
Konon angan mat jenin bila claim kedah ada sumber REE bernilai biliyon ringgit..
Siap tempelak mustahil negeri miskin ada sumber rare mcmni...
Skali mmg terbukti smpai taikun luar negara pon berminat nk teroka..
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2023 01:57 AM | Show all posts


Ada yg kata si reza ni jho low versi indon..
Byk jgk kes2 dia kt sana...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-8-2023 06:50 AM From the mobile phone | Show all posts
clara_nur replied at 4-8-2023 01:57 AM
Ada yg kata si reza ni jho low versi indon..
Byk jgk kes2 dia kt sana...

Kaya betul dia ni.

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-8-2023 06:55 AM From the mobile phone | Show all posts
terma2nkondisi2 replied at 4-8-2023 12:34 AM
dulu masa kerajaan persekutuan banyak berdalih dan berlengah pasal projek aerotropolis/kxp, aku inga ...

" data-width="500">
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2023 07:25 AM | Show all posts
clara_nur replied at 4-8-2023 01:57 AM
Ada yg kata si reza ni jho low versi indon..
Byk jgk kes2 dia kt sana...

yup, rpk tengah leak kan, ucapan lobakman. jho low version indon totally aggre with you
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2023 07:27 AM | Show all posts
clara_nur replied at 4-8-2023 01:54 AM
Igt dulu ramai2 dok gelak dan perli nusi..
Konon angan mat jenin bila claim kedah ada sumber REE b ...

ucapan sanusi kaka aggree ada nak ree sebagai pajakan macam petroleum. walhal tu hasil bumi kedah. duk hina kedah mundur miskin. tp nak rompak sakau hasil bumi kedah. moga orang melayu islam hati2 dengan permainan politik jijik.

Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2023 07:28 AM | Show all posts

tunggu jelah apa rpk leak lagi
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2023 07:29 AM | Show all posts
Edited by CiliPadiSedap at 4-8-2023 07:42 AM
terma2nkondisi2 replied at 4-8-2023 12:34 AM
dulu masa kerajaan persekutuan banyak berdalih dan berlengah pasal projek aerotropolis/kxp, aku inga ...

sama puak sama fitnah hancurkan tansri khalid, fitnah jatuhkan dia.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2023 07:32 AM | Show all posts
dulu langkah kajang nak naikkan seseorang fitnah jatuhkan seseorang, sekarang langkah ree patutlah 24 jam ratib sanusi.

rakyat xbodoh. fitnah bungalow xjalan, fitnah 600 billion xjalan, kena saman lagi kes felda. ringgit makin jahanam, bursa saham negative grow.

hebat wayang
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2023 07:35 AM | Show all posts
clara_nur replied at 4-8-2023 01:54 AM
Igt dulu ramai2 dok gelak dan perli nusi..
Konon angan mat jenin bila claim kedah ada sumber REE b ...

kaka harap sangat lah ree jadi hak milik kedah 100% kasihan negeri mereka di hina miskin tapi duk nak sakau ree. sama juga negeri2 kaya minyak lain. bagi bajet lebih untuk majukan negeri yang dh ketinggalan. bila kedah maju , ekonomi tempatan melayu akan meningkat juga. macam petroleum ekonomi masyarakat sekitar meningkat juga ada tempias nya. ada syarikat2 melayu yang dapat job .

moga ree jadi batu loncatan majukan ekonomi anak2 kedah.

semua negeri anak malaysia. xperlu ada negeri anak tiri anak emas.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2023 07:40 AM | Show all posts
terma2nkondisi2 replied at 4-8-2023 12:34 AM
dulu masa kerajaan persekutuan banyak berdalih dan berlengah pasal projek aerotropolis/kxp, aku inga ...

https://www.mstar.com.my/lokal/s ... nah-saifudin-khalid

baca je lah. ni kes lama.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2023 08:15 AM From the mobile phone | Show all posts
clara_nur replied at 4-8-2023 01:54 AM
Igt dulu ramai2 dok gelak dan perli nusi..
Konon angan mat jenin bila claim kedah ada sumber REE b ...

Betuii...ms tu mcm seme pakat pandang sebelah mata...mcm ngejek ja sanusi dedulu...skang pakat booking plak...
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2023 08:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Kes rmh Anwar kat Kajang apa citer? Aku rs integrity pmx ni pun 50-50 lg
Try korang google isu tu n aku nmpk ada asasnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2023 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
otai_g replied at 4-8-2023 08:22 AM
Kes rmh Anwar kat Kajang apa citer? Aku rs integrity pmx ni pun 50-50 lg
Try korang google isu tu n  ...

Dalam ceramah pmx bagi tau rumah tu beli

Lepas tu tetiba bnagkit isu cakap pajak pulak

Berbelit2 lebih pada ular dia tu...

Ini kalau jumpa ular dgn PMX... Kena pukul ### dulu
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2023 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
"Kawan tu hutang helikopter banyak, saya dah kata kempen naik kereta sudah la, kamu pergi kempen naik helikopter siapa suruh? Helikopter bukan percuma, sewa satu jam RM30,000 ke RM40,000 maka tentu ada balasan. Balasan apa? Yang tengah buat sekarang ini lah, rebut nak kawasan (REE) kita," katanya.


.....patut la tolak merc 2j....ada bau hancing kt sini rupanya
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2023 09:57 AM | Show all posts
Edited by nusaraya at 4-8-2023 02:31 PM
CiliPadiSedap replied at 4-8-2023 07:32 AM
dulu langkah kajang nak naikkan seseorang fitnah jatuhkan seseorang, sekarang langkah ree patut ...

Tampaknya pertarungan kuasa ahli parti politik meayu di Malaysia ... ujung-ujungnya semua terkait dengan perebutan WANG  untuk pocket diri sendiri dan/atau parti... X ada kaitannya dengan kepentingan rakyat malaysia atau negara...Hehehehe

Riza Chalid adalah pebisnis yang lihai dan ulung ... di Indonesia  dia sukses berbisnis kerana menjadi kaki tangan dan kolusi dengan   pihak ex presiden Susilo Bambang Yudoyono  (SBY) .. mungkin modus ini sedang dicoba diterapkan di Malaysia mengingat Riza sudah diblack list bisnisnya di Indonesia pada era Jokowi sekarang ini ...

Apakah upaya dan usaha Rza nak berbisnis dengan cara sama seperti yang dilakukannya di Indonesia akan berhasil di Malaysia mengingat karakteristik bisnis di Malaysia (utamanya melayu)  memang harus berkolusi dan berafiliasi  dengan ahli parti politik yang berkuasa ?   Kita lihat saja nanti .... apakah upaya Reza itu akan berhasil di Malaysia .... .....



Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2023 02:26 PM | Show all posts
gaduh la hampa berdua..dia kata hang, hang kata dia..loklaq
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 09:41 PM GMT+8 , Processed in 0.074110 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list