CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3791|Reply: 33

[Politik] GEMPAR!!! Timbalan Pendakwa Raya kes Ahmad Zahid digugurkan

[Copy link]
Post time 8-8-2023 02:03 PM | Show all posts |Read mode
Timbalan Pendakwa Raya kes Ahmad Zahid digugurkan


AHMAD Zahid Hamidi. FOTO arkib NSTP


Kuala Lumpur: Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Raja Rozela Raja Toran yang mengetuai pasukan pendakwaan dalam perbicaraan rasuah dihadapi Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kini tidak lagi mengendalikan kes berkenaan.

Terdahulu, Raja Rozela mengetuai pendakwaan, di mana Ahmad Zahid berdepan 47 pertuduhan iaitu 12 bagi pecah amanah, lapan berhubung rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Sebelum ini, NST melaporkan bahawa perbicaraan yang bersambung minggu lalu diteruskan tanpa kehadiran Raja Rozela.

NST kemudian mengesahkan bahawa Timbalan Pendakwa Raya itu dikeluarkan daripada mengendalikan kes berkenaan.

Sumber mengatakan bahawa beliau tidak lagi bersama pasukan pendakwaan, namun tidak memaklumkan alasan disebalik tindakan itu.

Cubaan untuk mendapatkan maklum balas daripada Peguam Negara Tan Sri Idrus Harus dan seorang lagi Timbalan Pendakwa Raya yang terbabit dalam perbicaraan itu, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar, bagaimanapun gagal.

Sementara itu, Raja Rozela ketika dihubungi, enggan untuk memberi sebarang komen.

"Saya adalah penjawat awam… Saya tidak dibenarkan untuk memberi komen. Minta maaf," katanya.

Bagi pertuduhan pecah amanah, Ahmad Zahid, 70, didakwa menggunakan dana yayasn berkenaan untuk membuat enam pembayaran bagi penggunaan kad kredit peribadinya, polisi insurans dan lesen kenderaan peribadinya, memindahkan wang ke firma guaman dan membuat sumbangan kepada Persatuan Bola Sepak Polis Diraja Malaysia.

Beliau dituduh melakukan perbuatan itu di Affin Bank Berhad cawangan Jalan Bunus, Off Jalan Masjid India di sini, antara 13 Januari 2014 dan 23 Disember 2016.

Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara dua dan 20 tahun serta dengan sebatan dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Ahmad Zahid ketika membela diri pada 22 Mei tahun lalu, memberitahu Mahkamah Tinggi, baki wang dalam akaun peribadinya lebih daripada mencukupi untuk membayar kad kredit miliknya tanpa menggunakan dana Yayasan Akalbudi.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ad-zahid-digugurkan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2023 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Syukur...semoga dipermudahkan urusan Wak utk bebas dari pendakwaan bersifat politik ini
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2023 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Penat je piji pami dan geng ph melaung penyamun masa pru15 dulu. Steady lah kpop.....haha.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2023 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Laa laa laa lala lala
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2023 02:25 PM | Show all posts
tunggu prn nanti
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2023 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Alaa....... x payah la nk bicara2 lg ......teruih buang kes x pyh bazir duit rkyt....mmg tu pun yg umdap nak kan?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 8-8-2023 02:40 PM | Show all posts
benda skng DUNIA.....hmm
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2023 02:44 PM | Show all posts
passport dh dapat, tunggu  masa ja nak lari nakharaom jawa tua laknat ni sambil dibekap oleh peliwat tua bangsatttt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2023 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebelum pru kemain madanon nk lawan wak bngsat, slps pru rhopernyeh nak tolong wak bngsat GUGURKAN KES. Sakau kepala bapak ko lah paknon
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2023 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
ceramah² politaik ni mcm org jual ubat ja nak tarik pelanggan. dh dapat apa dorg nak dorg belah le...
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2023 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak gempar pun.

Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2023 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
ChildrenOfBodom replied at 8-8-2023 02:44 PM
passport dh dapat, tunggu  masa ja nak lari nakharaom jawa tua laknat ni sambil dibekap oleh peliwat ...

Gi korea renno muka lagi sambil holiday.

Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2023 04:11 PM | Show all posts
wow, boleh macam tu je kan
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2023 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Dunia ana empunya gitu
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2023 04:17 PM | Show all posts
apa yg gempar? kes Musa Aman pun semua boleh digugurkan..
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2023 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2023 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 8-8-2023 02:04 PM
Syukur...semoga dipermudahkan urusan Wak utk bebas dari pendakwaan bersifat politik ini

Mmg sengaja dibuat ke? Mcm yg pasleak ke apatah dulu yg kat fb najib ada dedahkan tu
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2023 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Walanon & waliwat tak nak beri sepatah dua kata ke?
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2023 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
tahniah la.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2023 06:33 PM | Show all posts
zamzam replied at 8-8-2023 02:18 PM
Penat je piji pami dan geng ph melaung penyamun masa pru15 dulu. Steady lah kpop.....haha.

gugur awal sebelum prn mungkin sebab takut kalau ada langkah sheraton nanti. sebab tu tukar awal2 senang
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 09:22 PM GMT+8 , Processed in 0.077267 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list