CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1465|Reply: 8

[Tempatan] 4,195 rakyat terima lesen motosikal percuma

[Copy link]
Post time 8-8-2023 02:12 PM | Show all posts |Read mode
4,195 rakyat terima lesen motosikal percuma


HASBI Habibollah (dua dari kanan) memakaikan topi keledar kepada penerima lesen program MyLesen B2 di Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/KAMALIZA KAMARUDDIN

KUALA TERENGGANU: Seramai 4,195 rakyat di seluruh negara menerima lesen motosikal secara percuma menerusi program MyLesen B2 yang dilancarkan Kementerian Pengangkutan sejak Mei lalu.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, setakat 4 Ogos lalu, program itu telah diadakan di sembilan negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis dan Sabah.

Beliau berkata, keutamaan yang diberi adalah untuk pemohon dari golongan B40, orang kurang upaya (OKU), asnaf zakat, penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan e-Kasih.

“Program ini diharap dapat meringankan beban kewangan rakyat iaitu kos RM300 untuk setiap permohonan dan dibimbing sehingga lulus dalam mendapatkan lesen itu.

“Untuk tahun ini, kita sasarkan seramai  9,000 penerima akan mendapat manfaat program ini dengan kuota yang berbeza di setiap negeri.

“Contohnya di Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan kita beri kuota 900 orang setiap negeri manakala Pahang dan Kuala Lumpur masing-masing ada kuota 500 orang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Program MyLesen B2 Peringkat Negeri Terengganu, di Taman Tamadun Islam di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Rospiagis Taha dan Pengarah JPJ Terengganu, Zulkarnain Yasin.

Dalam majlis yang sama, seramai 300 penerima lesen turut menerima sumbangan topi keledar tajaan Malaysia Rail Link (MRL) agar mereka sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas.

Tambah Hasbi, sebanyak RM2.7 juga telah diperuntukkan bagi memastikan 9,000 golongan pemohon yang layak dapat mencapai impian untuk memiliki lesen secara sah.

“Semoga mereka dapat menjalani kehidupan dengan lebih selesa kerana lesen motosikal itu akan memudahkan urusan kerja atau berniaga,” katanya. – UTUSAN

SumbeR:https://www.utusan.com.my/nasion ... -motosikal-percuma/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2023 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Rezeki jgn ditolak....pangkah/mengundi tetap hak kita.....


Kahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2023 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingatkan mortosikal percuma...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-8-2023 02:40 PM | Show all posts
benda boleh FREE dr DULU tp KERAjaan nak BUAT duit kan?
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2023 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Raline replied at 8-8-2023 02:40 PM
benda boleh FREE dr DULU tp KERAjaan nak BUAT duit kan?

Tenaga pengajar...gaji nak kena dibayarkheun?

Jgn pikir dari sudut lesen free je....
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2023 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
kalo korang amik LESEN FREE ni...TADAK la arapkan BAS FREE yg didakwa 'tableh'... tu.Apa 'meza'...sebenarnya???????
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 8-8-2023 08:55 PM | Show all posts
stingergrumpy replied at 8-8-2023 02:42 PM
Tenaga pengajar...gaji nak kena dibayarkheun?

Jgn pikir dari sudut lesen free je....

ya kita faham part tu..

tapi asal makin lama makin mahal lesen?????
itu lah punca ramai xda lesen kalau nak taw....
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2023 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Raline replied at 8-8-2023 08:55 PM
ya kita faham part tu..

tapi asal makin lama makin mahal lesen?????


Lesen RM300 for life......mahal?

Hp tiap tahun model baru kuar, beli tak ingat dunia...tak ghaser berdosa....

Ko nak aku sambung?(tagline pendeta board sebelah)

Sampaikheun lesen pun nak menagih bantuan..?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2024 09:55 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 09:56 PM GMT+8 , Processed in 1.011420 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list