PELARIAN Sudan mengambil air di sebuah kem pelarian di Sudan Selatan. FOTO fail Reuters
Khartoum: Lebih empat juta penduduk di Sudan hilang tempat tinggal sejak pertempuran bermula hampir empat bulan lalu, lapor agensi berita Jerman (dpa) memetik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu.
"Selepas enam belas minggu konflik di Sudan, lebih empat juta orang dipindahkan di dalam negara dan merentasi sempadan ke negara jiran," kata penyelaras kemanusiaan PBB, Clementine Nkweta-Salami.
"Sudan kini terjerumus ke dalam malapetaka kemanusiaan," kata Wosornu.
Wosornu berkata, 80 peratus hospital di seluruh negara tidak dapat berfungsi dan 14 juta kanak-kanak memerlukan bantuan kemanusiaan.
Peperangan meletus di Sudan pada pertengahan April berikutan perebutan kuasa yang sekian lama berlarutan antara Presiden de facto Abdel Fattah al-Burhan dan naib presiden, Mohammed Hamdan Daglo.
Pada asalnya, kedua-dua jeneral itu bersama-sama merampas kuasa pada tahun 2021 tetapi kemudian menjadi seteru.
Pertempuran tertumpu di Khartoum dan bandar-bandar yang berdekatan, serta di wilayah Darfur di barat negara itu.
Pihak yang berkonflik sering bertempur dekat dengan kawasan perumahan. Sudan mempunyai 46 juta penduduk.
Disiarkan pada: Ogos 10, 2023 @ 11:37am
|