CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1975|Reply: 0

Ecuador isytihar darurat selepas pembunuhan calon presiden

[Copy link]
Post time 11-8-2023 09:22 AM | Show all posts |Read mode

Polis berkawal di luar hospital selepas Fernando Villavicencio ditembak di Quito. - Foto AFP


MOSCOW: Presiden Ecuador, Guillermo Lasso pada Khamis mengumumkan perintah darurat di seluruh negara selama 60 hari, selepas pembunuhan calon presiden Fernando Villavicencio.

Pada Rabu, media melaporkan Villavicencio ditembak mati semasa satu perhimpunan di ibu negara Ecuador, Quito. Lasso kemudian mengesahkan laporan itu.

"Saya mengisytiharkan darurat selama 60 hari. Mulai sekarang, angkatan tentera digerakkan di seluruh negara untuk menjamin keselamatan rakyat,
keamanan negara dan pilihan raya yang bebas serta demokratik," kata Lasso dalam ucapannya kepada rakyat negara itu yang disiarkan menerusi saluran pentadbiran presiden di YouTube, lapor Sputnik.

Presiden juga mengisytiharkan tempoh berkabung negara selama tiga hari berikutan pembunuhan calon presiden. – BERNAMA-XINHUA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 10:41 PM GMT+8 , Processed in 0.279643 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list