
TUN Ahmad Fuzi menyerahkan watikah pelantikan sebagai Timbalan Ketua Menteri I dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Maung, Prof Datuk Dr Mohamad. FOTO Danial Saad.
Georgetown: 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Pinang termasuk tujuh muka baharu mengangkat sumpah mengangkat sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Pulau Pinang di Dewan Sri Pinang, di sini, hari ini.
Mendahului pelantikan ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Maung, Prof Datuk Dr Mohamad Abdul Halim yang menyandang jawatan Timbalan Ketua Menteri 1, dan Adun Datok Keramat, Jagdeep Singh Deo sebagai Timbalan Ketua Menteri 2.
Wakil Rakyat Pakatan Harapan (PH) berkenaan mengangkat sumpah sebagai Exco di hadapan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak disaksikan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow.
Tujuh daripada mereka adalah dari DAP iaitu Adun Tanjong Bunga, Zairil Khir Johari, Adun Paya Terubong, Wong Hon Wai, Adun Sungai Pinang, Lim Siew Khim, Adun Jawi, H'ng Mooi Lye, Adun Padang Lalang, Gooi Zi Sen dan Adun Perai, Datuk Seri S Sundarajoo.
Selain Mohamad, Adun Pantai Jerejak, Fahmi Zainol uturt mengangkat sumpah jawatan berkenaan.
Adun Sungai Acheh, Rashidi Zinol menjadi satu-satunya wakil rakyat daripada BN mengangkat sumpah hari ini sekali gus menyaksikan parti itu kembali dalam barisan Exco Pulau Pinang selepas berada di blok pembangkang sejak 2008.