CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1459|Reply: 0

[Perak] Ancaman bom, AEON Mall Klebang disah selamat untuk beroperasi

[Copy link]
Post time 24-8-2023 11:13 AM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan.

Ipoh: Pusat membeli-belah AEON Mall Klebang akan beroperasi seperti biasa hari ini selepas mendapat pengesahan daripada pihak berkuasa berhubung keselamatan premis itu.

Ia berikutan kes panggilan yang dipercayai ancaman bom yang diterima semalam.

Pihak pengurusan AEON Co (M) Bhd memaklumkan perkara itu melalui hantaran di Facebook malam tadi.

"Selepas pengesahan daripada pihak berkuasa tentang keselamatan premis, AEON kembali memberi perkhidmatan kepada pelanggan kami. Kami akan beroperasi semula seperti biasa Khamis (24 Ogos 2023) pada 10 pagi.

"Kami memohon maaf atas kesulitan dan amat menghargai kesabaran dan sokongan berterusan anda," katanya.

Petang tadi, bangunan AEON Mall Klebang dikosongkan berikutan panggilan dipercayai ancaman bom.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri ketika dihubungi mengesahkan menghantar pasukan polis dan bantuan bomba untuk memeriksa lokasi terbabit.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... at-untuk-beroperasi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 05:24 AM GMT+8 , Processed in 0.038252 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list