View: 2905|Reply: 1
|
Ini 6 Cara Untuk Bantu Anda Mengawal Serangan ‘Anxiety’ Jika Berlaku
[Copy link]
|
|
Sebelum ini kami ada kongsikan buat pembaca Oh! Media berkenaan lima punca utama yang boleh menyebabkan anda terkena serangan anxiety.
Seperti yang kita ketahui, jumlah mereka yang mempunyai penyakit anxiety atau kegelisahan ini semakin meningkat dan merisaukan.
Mungkin ada di antara rakan-rakan, ahli keluarga, atau rakan sepejabat korang yang pernah terkena serangan anxiety ini tetapi anda mungkin tidak tahu bagaimana untuk membantu mereka.
Jangan risau, berikut adalah beberapa cara untuk membantu mereka dan juga diri korang sendiri jika berdepan dengan serangan anxiety.
Berhubung dengan orang lain
Kesunyian dan pengasingan diri boleh mencetuskan atau memburukkan lagi kebimbangan, manakala bercakap tentang kebimbangan korang secara bersemuka selalunya boleh mengurangkan kemungkinan ia berlaku.
Jadi, korang perlu kerap berjumpa dengan rakan-rakan, menyertai kumpulan sokongan, atau berkongsi kebimbangan yang korang alami dengan orang tersayang yang dipercayai.
Menguruskan tekanan atau stres
Bagi mereka yang mempunyai tahap tekanan yang agak tinggi, pengurusan tekanan boleh membantu korang meredakan apa itu penyakit anxiety.
Korang boleh cuba lihat kembali segala tugas korang dan nilai kembali jika ada yang anda boleh tolak atau menggantikannya kepada orang lain.
Dapatkan tidur yang mencukupi
Bukan itu sahaja, kurang tidur juga boleh memburukkan lagi fikiran dan perasaan yang cemas. Jadi, korang cuba dapatkan tujuh hingga sembilan jam waktu tidur yang berkualiti setiap malam.
Amalkan teknik relaksasi
Apabila teknik relaksasi seperti meditasi dan pernafasan mendalam ini diamalkan dengan kerap, ia boleh mengurangkan gejala kebimbangan dan meningkatkan perasaan relaks dan kesejahteraan emosi.
Bersenam dengan kerap
Sebenarnya, senaman adalah penghilang tekanan dan penghilang apa itu penyakit anxiety secara semula jadi.
Untuk mendapat kebaikan senaman ini, sasarkan sekurang-kurangnya 30 minit senaman aerobik pada setiap hari.
Dalam pada itu, korang boleh cuba berjalan, berlari, berenang, mempelajari seni mempertahankan diri atau menari.
Kawal pengambilan kafein, alkohol dan nikotin
Sementara itu, kafein dan alkohol boleh memburukkan lagi kebimbangan yang korang atau ahli keluarga alami.
Maka, kurangkan pengambilan minuman berkafein, minuman beralkohol serta merokok atau menghisap vape bagi mengawal serangan anxiety.
Kredit: HelloDoktor
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Feeling anxious ni kdg bagus untuk push ourselves go faster and do better and alert. So smart people usually depa akan twist it to something yg benefit them.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|