PENYANYI Agnes Monica berkongsi tentang barang yang sangat berharga buat dirinya iaitu mikrofon peribadi.
Agnes atau kini dikenali sebagai Agnez Mo berkata, mikrofon peribadinya itu memiliki cerita tersendiri.
Menurut Agnes, pada awalnya dia memilih mikrofon jenama yang sama dengan penyanyi terkenal Beyonce Knowles dan Justin Timberlake berikutan mahu bekerjasama dengan mereka.
“Saya benar-benar mahu bekerjasama dengan dua artis ini, jadi saya membuat kajian apa peralatan yang mereka guna sewaktu persembahan.
“Ternyata mereka guna mikrofon jenis Sennshaiser 5200,” ujarnya.
Berkongsi lanjut, Agnes mengakui mencari mikrofon yang sesuai adalah perkara yang sukar buat penyanyi.
Tambahnya, situasi itu diumpamakan sama seperti mencari kekasih.
“Sebenarnya susah nak cari mikrofon yang tepat untuk seseorang penyanyi. Kepayahannya sama seperti mencari seorang kekasih.
“Syukur saya sudah bertemu dengan ‘kekasih’ saya. Saya akan dijaga baik-baik,” ujarnya.