CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3359|Reply: 0

[Pahang] Gajah liar terus ancam petani Lembah Pertanian Gelanggi

[Copy link]
Post time 6-9-2023 12:56 PM | Show all posts |Read mode

SEBAHAGIAN tanaman nanas milik Zainul Ismail dimusnahkan kawanan gajah liar di Lembah Pertanian Gelanggi, Pulau Tawar di Jerantut, Pahang.



JERANTUT: Pengusaha tanaman komersial di Lembah Pertanian Gelanggi, Pulau Tawar di sini mendakwa terus berdepan kerugian berikutan tanah mereka kerap diceroboh kawanan gajah liar menyebabkan tanaman pisang, nanas, tebu dan sayur-sayuran yang ditanam rosak.

Kejadian itu berlaku sejak tahun lalu dan terbaharu dalam tempoh dua malam berturut-turut didatangi enam ekor gajah liar berkeliaran mencari makanan dan bersembunyi di hutan berdekatan Kota Gelanggi di sini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, pengusaha nanas, Zainul Ismail, 66, berkata, dalam kejadian dua malam berturut-turut itu, kawanan gajah liar terus mengganas memusnahkan tanaman nanas yang buahnya sudah boleh dipetik untuk dijual seluas setengah hektar.

“Dalam kejadian ini, kawanan gajah liar ini terus mencabut serta makan buah nanas dan selebihnya dirosakkan langsung kesemua (buah) tidak dapat dijual sehingga melibatkan anggaran kerugian yang saya tanggung sebanyak RM20,000.

“Sebelum ini, pada bulan Julai lalu, pencerobohan yang sama berlaku dan merosakkan tanaman pisang seluas 1.2 hektar, nanas (1.2 hektar) dan tebu (0.8 hektar) milik empat orang pengusaha di sini yang kami anggarkan kerugian mencecah hampir RM50,000,” katanya di Pulau Tawar di sini semalam.

Menurut Zainul, dia dan rakan pengusaha di situ sudah beberapa kali membuat aduan kepada pihak berwajib serta memohon supaya membina parit serta pagar elektrik serta langkah pencegahan lain, tetapi malangnya sehingga kini belum direalisasikan malah ada kalangan agensi kerajaan di sini memberitahu tidak ada sumber peuntukan untuk projek tersebut.

“Saya dan rakan pengusaha agak kecewa kerana sampai bila kami menanti usaha pencegahan pencerobohan haiwan liar seperti membina parit dan pagar letrik serta alternatif tertentu supaya mereka dapat meneruskan aktiviti komersial tanpa gangguan haiwan liar.

“Sejak memulakan tanaman ini tahun lalu, kami sudah mengeluarkan modal hampir RM100,000 untuk mengupah mesin membersihkan kawasan pertanian ini termasuk pengurusan tanaman seperti memperoleh benih, membaja, mengupah pekerja dan sebagainya,” katanya.

Zainul menambah, pengusaha di situ berharap pihak Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dapat hadir melihat senario kerosakan tanaman itu serta memohon bantuan untuk memulihkan projek tersebut pada masa akan datang bagi tujuan pendapatan mereka termasuk mengisi keperluan sektor makanan daerah ini dan luar.

Rakannya, Akmal Abdul Hamid, 35, berkata, dia juga berdepan kerugian apabila sebahagian tanaman pisang berangan dan pisang awak seluas satu setengah hektar musnah diceroboh gajah liar.

“Melihat senario ini serta tekanan kerap menimpa, saya mula kecewa untuk meneruskan usaha projek pertanian kerana sudah banyak wang habis dijadikan modal pengurusan tanaman ini.

“Kami kerap berjaga waktu malam, sekurang-kurangnya haiwan liar ini tidak menceroboh, tetapi ancaman tetap berlaku kerana kawasan ini antara lokasi yang mempunyai sumber makanan malah berdekatan dengan hutan tempat persembunyian gajah liar selain kami juga berdepan risiko keselamatan,” katanya.

Akmal menambah, pengusaha di situ berharap Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dapat membantu menangani masalah itu sekurang-kurangnya membina parit dan pagar elektrik sebagai alternatif awal bagi mengelakkan pencerobohan gajah liar.-UTUSAN


https://www.utusan.com.my/nasion ... pertanian-gelanggi/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 04:37 PM GMT+8 , Processed in 0.055181 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list