CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7994|Reply: 87

Dapat Duit Salam Kaut, Dua Keping Not RM20 Dilukis Sendiri Pakai Tangan

[Copy link]
Post time 11-9-2023 01:24 PM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA – Seorang wanita mendedahkan ada menerima dua keping not RM20 yang dilukis tangan di laman TikTok.


Menurutnya wang palsu tersebut adalah antara duit salam kaut yang diterimanya ketika kenduri kahwin.


“Ingatkan salam bagi tisu kosong atau sampul kosong sahaja. Rupanya sekarang lagi maju, ada yang lagi teruk rupanya,” katanya.


Foto: Tiktok




Di ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok berpendapat tindakan tersebut tidak patut dilakukan kerana wang tersebut dikira sebagai sedekah.


“Suami saya pernah kata, ada orang tidak mampu tetapi dia segan salam kosong. Bukan niat hendak memperdaya tetapi dia cuma tidak mahu rasa malu dan sedih,” kata Tiqa.


“Kalau pergi rumah orang kahwin, tidak perlu bagi duit kalau tidak mampu. Ustaz cakap tidak wajib beri duit di kenduri kahwin, tetapi wajib sedekah ketika ziarah orang sakit,” kata Yana.


“Zaman sekarang, tuan rumah tunggu jemputan bawah khemah. Nak tak nak, kena lalu depan tuan rumah. Seganlah kalau salam tak beri duit,” kata Hawa. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2023 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Apsal aiols appreciate effort pemberi nak lukis2 dek?

Takpe la. Mudah2an nanti dapat la 20 hengget 2 ketul betul2. Takyah viral2 la menda gini. Hidup di bumi ni manusia pelbagai latar dan ragam ni memang ada masa boleh jumpa perangai pelik2.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2023 01:36 PM | Show all posts
ini la jadi bile tuan rumah bila buat kenduri harap jemputan bagi duit. orang yang susah pon jadi malu bile x bagi duit. patut xpayah dh buat amalan bagi2 duit jika kenduri kahwen.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2023 01:40 PM | Show all posts
Bagi lukisan duit atau sampul kosong bertisu pun dah bising dalam tiktok. Bila ikut cakap ustaz tak wajib kalau tak mampu sah-sah tuah rumah lagi bising entah-entah siap sebut nama kat mana-mana saluran media sosial sebab kenal muka yang tak hulur.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2023 01:42 PM | Show all posts
cantik pula lukisannya
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2023 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Cakap hadap duit sounds kasar pulak. Ko niat buat kenduri jamu org makan sedekah dah la, biar la org balas atau tak. Org makan kenyang deme happy deme doakan yg baik2 semoga hajat tuan rumah makbul. Ni nampak sgt hadap balasan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-9-2023 01:47 PM | Show all posts
dia nye effort tu yg mahal gaisss
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2023 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Jangan jemput ramai2 aje kalau bukan kaya. Duit tu baik buat downpayment rumah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2023 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagi iols, nak suh org prgi kenduri pwh tue nak salam kaut plop. Baik tak payah pergi. Nak bg makan kt org pun berkira
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2023 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa berharap duit org ek. Aku sampai tak nak buat birthday party anak sebab taknak susahkan sapa2. Zaman skrg ni kalau dpt jemputan ke kenduri ke birthday ka, org cakap ibarat dpt surat saman
Btw bebaru ni boss husband iols buat akikah anak dia and dia mention dekat jemputan tu dia tak terima any envelope. Hah ada dah org berani buat mcmtu. Iols dah lama nak buat mcmtu tapi takut pula ada yang kecik hati, takut org ckp kita sombong tanak terima sedekah etc.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2023 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang Melayu memang susah nak appreciate Art.

Yang dia tahu Made in China
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2023 02:32 PM | Show all posts
Acik ingat senang ke dia nk lukis tengkolok tu
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2023 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
So kalau tak wajib bagi duit, bila benda yg dibagi tu tak bernilai sekeping duit, ko terima ke tak permberian tu? Hehe mana tahu orang tu bagi hasil senior dia suh tampal kat fridge atau framekan

Apapun kalau trying to deceive dengan bg duit palsu tu salah la
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2023 02:40 PM | Show all posts
creative...
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2023 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Lebih ok lukisan tu siap berwarna
Nampak effort dia
Dari tisu kosong dan sampul kosong
Btw xperlu kot tuan rumah mengharap duit dalam sauk. Ko buat kenduri untuk cari untung ke?
Aku tak suka budaya ni. Aku bising kat mak aku bila dia kata dia malas nak pergi kenduri rumah orang tu tapi teringat dulu orang tu bagi duit sekian2. So kena balas la..aduiiii
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2023 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Zaman mak nenek kita dulu2 bg gula,beras ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2023 02:54 PM | Show all posts
Edited by helicornia at 11-9-2023 02:57 PM

Dulu aku penah komen benda sama kt forum.aku ckp pi kenduri ni byk kena keluar belanja bukan free.jadi tk perlu la kecik ati klu tk dijemput.ramai pulak yg kecam aku kata tk bersosial la, kedekut la. Tp mmg pun hakikatnya pi kenduri ni kena keluar duit.mcm yg atas ckp ibarat dpt surat saman.klu 1 kenduri sebulan ok lagi, tiba time cuti sek jemputan berderet mula rasa nk demam
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2023 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Kah3!
Aku suggest acik ni framekan kenang2an ni
Apahal acik nak bising pulak
Org kasi sedekah bkn dlm bentuk duit ringhit je
Ni dia kasi hasil seni dia tau
Baru la ada personal touch
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2023 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Kos nak lukis tu lg mahal dr rm 20. Ingt sng nak lukis duit? Nak kaler lg
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2023 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
buat kenduri tu sebagai hebahan kau dah kawin..bukan tujuan kutip duit hukalooohhhh..kalau nak kutip duit sangat kau g buat rsvp kat dewan hotel setaraf dengan jemputan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 12:22 AM GMT+8 , Processed in 0.051274 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list