|
seorang suami didakwa membunuh isterinya dengan menggelar leher mangsa menggunakan pisau sehingga mati.
Memetik laporan Detik News, kejadian yang berlaku di Jawa Barat, Indonesia, itu menyaksikan seorang lelaki berusia 25 tahun didapati membunuh isterinya, 24 dengan menggunakan pisau dapur.
Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Cikarang Barat iaitu Said Hasan, kejadian tersebut dilaporkan selepas saksi menghantar anak mereka pulang ke rumah sewa pada Sabtu baru ini.
Gambar Hiasan
"intu itu berkunci, namun tiada jawapan daripada pelaku atau mangsa, lantas saksi melihat terdapat kunci sewa pada rak kasut lalu membuka pintu sewa dan mendapati mangsa dalam keadaan tertiarap dengan luka di lehernya dan sudah mati."
Dikatakan, saksi melihat mangsa dalam keadaan berbogel tetapi ditutup dengan selimut. Disyaki pelaku membaringkan mayat mangsa di atas katil selepas memandikannya.
"Tidak ada darah, semuanya sudah dibersihkan. Mangsa juga sudah dimandikan bersih, sangat bersih.
"Bertelanjang bulat, tetapi ditutup dengan selimut sehingga ke leher. Jadi yang kelihatan kepada suami saya hanyalah wajahnya."
Difahamkan, suspek menyerah diri ke balai polis ditemani ibu bapanya sambil menceritakan kejadian tersebut kepada pihak berkuasa. -CARI |
|