CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2740|Reply: 9

Pengutip Sampah Panas Hati- Tuan Rumah Kedekut Nak Ambil Tong Roro, Humban Sisa Binaan Dalam Tong Sampah Awam

[Copy link]
Post time 14-9-2023 08:55 AM | Show all posts |Read mode
Seorang pengutip sampah panas hati dengan sikap seorang pemilik rumah di satu kawasan yang tidak dinyatakan lokasinya.


Lelaki tersebut kecewa kerana pemilik rumah berkenaan melupuskan sisa projek pembinaan ke dalam tong sampah sisa pepejal biasa.


Tong sampah berwarna hijau gelap itu sepatutnya hanya menempatkan bahan buangan domestik seperti sisa-sisa dapur, namun dalam video itu dapat dilihat ada dibuang kepingan konkrit dan plastik.


Foto: mStar




"Tolong la masyarakat jangan buat perangai macam ni dekat pekerja pengutip sampah. Ini sangat menyusahkan kami. Berat tau nak angkat tong macam ni untuk tolak dan tuang ke dalam lori sampah.


"Lagi satu boleh rosak dan pecah tong ni, sebab ia bukan direka bentuk untuk menampung sampah projek pembinaan. Kalau pecah tong tu, kami juga yang akan kena marah dengan penduduk.


"Geram sangat rasa, jenis ni memang suka pentingkan diri sendiri. Hentikanlah mentaliti murahan dan tak bermaruah macam ni. Kami hanya mahu mencari rezeki halal.


"Bukan minta simpati tapi hormatilah kerja kami," kata lelaki itu dalam satu video yang dimuat naik di TikTok.


Dia mengakui dirinya juga tidak sempurna dan mempunyai kesilapan, namun dia mengharapkan masyarakat dapat memberikan kerjasama dalam soal ini.


"Kami akui kami tidak sempurna, ada melakukan kesilapan, tapi jangan buat kami begini. Tolong permudahkan kerja kami. Jangan la jadi masyarakat minda kelas ketiga," ujar lelaki itu.


Menjengah ke ruangan komen, warga maya mendedahkan bahawa sisa binaan dari projek pengubahsuaian rumah tidak boleh dibuang ke dalam tong sampah awam.


"Kalau rumah tengah renovation, kena ada tong roro dekat depan rumah. Satu kesalahan undang-undang untuk buang sampah binaan ke dalam tong hijau biasa. Patutnya boleh kompaun je.


"Ini mesti jenis kedekut nak keluarkan duit ambil tong roro, lepas tu susahkan orang. Rabak tong sampah biasa tu kalau nak simpan bahan buangan binaan.


"Benda senang je kalau ada tong sampah roro untuk renovation rumah, tapi pasal kedekut nak keluar duit terus jadi macam ni," kata sebahagian warga maya. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2023 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Ko ambil gambar tong je buat apa...ambilla gambar lokasi rumah dan rumah tu sekali...
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2023 09:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Spesis kedekut
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2023 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Dekat mana ni? Majlis kena buat kerja kuatkuasa la. Wajibkan ambil tong roro kalau buat renovation.  Saman yang main buat je kerja tanpa dapat lesen dulu. Ini pihak berkuasanya pun takut dan malas nak kuatkuasa undang2. Pekerja, kontraktor indon ni bukannya kisah, ikut undang2 rimba je.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2023 09:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Kerajaan Tempatan saman je pelaku tu..siapa yang hire kontraktor tu saman je

Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2023 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by naina at 14-9-2023 10:00 AM

Kontraktor rumah aku dengan rumah depan adalah orang sama..kerja dah Setel lebih sebulan..sisa konkrit, batu pasir, kereta sorong,tangga tak ambik lagi..semua dekat depan gate depan rumah sampah aku. Adoiii semaklah. Bila payment nak cepat je..tapi tak nak clearkan terus. Datang kejap 2,3 hari lepas ambik barang je ckit lepastu tinggal lagi. Adoiii
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-9-2023 10:36 AM | Show all posts
Kalau kat Australia haram dia angkat kalau letak construction waste macam ni, sampai kiamat pun takan.

Roro bin tu berapa je sewa seminggu yg besar tu tak silap less than RM300 jer.  Kitarang kalau buat spring cleaning memang sewa sebijik ni.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2023 11:12 AM | Show all posts
kadang bukan tuan rumah tapi kontraktor punya kerja..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2023 03:50 PM | Show all posts
roro bin ni kan mmg jahat tau kdg2 bukan tuan umah
kdg2 jiran2 amik kesempatan.. mcm hari tu masa banjir roro bin kitorg pakat2 amik utk lorong kami sbb taman punya penuh and cepat aje amiknya. tiba2 ada sapa2 tah punya sisa byk plak tu dia balun letak dgn sampah dapor sekali.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2024 05:50 PM | Show all posts
Do you want me to?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 11:23 PM GMT+8 , Processed in 0.265009 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list