View: 3917|Reply: 8
|
"Jangan Memandai Tuduh Kami Tuang Minyak Atas Jalan,"– Abang Towing
[Copy link]
|
|
PUTRAJAYA – Insiden kemalangan membabitkan empat buah kenderaan di laluan dari pusat beli-belah IOI City Mall menuju Presint 15 dilaporkan berpunca daripada tumpahan bekas minyak yang terjatuh dari lori.
Ia sekali gus menepis dakwaan segelintir pengguna media sosial yang mendakwa keadaan jalan berminyak tersebut dilakukan oleh kumpulan ‘Abang Towing’ demi mendapat tugasan menunda kereta.
Menurut pemilik Alang Auto Assist, Muhd. Fikri Abdullah, kejadian insiden yang turut melibatkan seorang penunggang motosikal itu terjadi selepas berlakunya tumpahan minyak daripada bekas yang diletakkan di belakang lori.
Foto: Kosmo
“Jadi, saya ingin menegaskan, kejadian tumpahan minyak itu tiada kaitan dengan kumpulan penunda kenderaan.
“Sebaliknya, kami berada di situ untk menunda kenderaan terlibat dan mengesahkan ia bukan menjadi punca kepada kemalangan itu.
“Selain itu, kawasan Putrajaya juga merupakan antara lokasi popular berlaku kemalangan lebih-lebih lagi ketika hujan lebat kerana jalan licin,” katanya kepada Kosmo.
Terdahulu, tular di laman media sosial beberapa kenderaan terbabas selepas jalan yang dilalui mereka licin dikatakan akibat tumpahan minyak.
Rakaman video itu turut memaparkan kejadian seorang penunggang motosikal menjadi mangsa kemalangan secara ‘live’ disebabkan jalan licin. – CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by prince_marhaen at 14-9-2023 09:44 AM
jalan situ (dan jalan kat seluruh Putrajaya) mana ada bonggol ke lopak air ke yang boleh buat tong minyak yang terselit kat lori bergegau jatuh... tong tu pun elok je siap terbukak penutup tin tu pastu penutup muncung minyak pun terbukak sekali... 2-3 tong pulak tu, minyak greese, nak menipu pun agak2 lah. Kawan2 aku ramai tergolek kat situ sejak 2-3 mggu lepas. Ada yang bawak anak sekali.. harap2 siapa yang buat khianat tu ditimpa kemalangan maut yang ngeri macam final destination ye.. |
|
|
|
|
|
|
|
putrajaya ni klu hujan sokmo ada eksiden especially kt area selekoh
|
|
|
|
|
|
|
|
supernaturalee replied at 14-9-2023 09:46 AM
putrajaya ni klu hujan sokmo ada eksiden especially kt area selekoh
Mex highway ke? Situ memang bahaya kalau hujan |
|
|
|
|
|
|
|
mex definitely
the whole putrajaya yg ada corner
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by msdummy.2018 at 14-9-2023 10:09 AM
Masalhnya abg towing, kat klk terang2 kami nmpk abg towing buat kerja tuh..mgkn bukan gang abg towing yg buat stataemnt nih tapi gang towing lain.kalo klk tuh mmg terang2 uols curah ya |
|
|
|
|
|
|
|
Runner dan longkai lagi laju dari polis dan ambulans
Baru eksiden seminit
Pintu pun tak sempat bukak
Debor di dada pun belum hilang
Zappppp dah sampai tepi kete
Akak ok kak?
Takpe akak rilek
Biar kami setel
Wakakakaka
Tahu dah skrip |
|
|
|
|
|
|
|
nak citer lain dri thread ni, cuaca kt putrajaya bahang sangat lah !!. malam pon panas. padahal banyak je tgk pokok2 kne tanam !! |
|
|
|
|
|
|
| |
|