Kenalkah kamu akan nyawa, tahukah kamu akan nyawa, dimanakah terletaknya nyawa kamu dan apakah sebenarnya nyawa kamu?
kepada pemikir2 sekalian.. pernah terpikir ker akan nyawa?
haha... sumenya salah... Kalo nak tahu, DARAH itue la nyawa kamu.. DARAH ituelah ibu kamu, DARAH itue adalah bumi ini. kerana itulah syurga terletaknya dibawah kaki ibu. yamg bermaksud IBU itue sebenarnya adalah BUMI.
Hehehe... Kalo cik seri bulan kata merepek, so merepek la jadinya. Tapi jika, Cik SeriBulan pikir sebegini rupa, Bila Manusia Mati akan dimasukkan ke bumi, dan bila dialam kubur pula manusia akan dihidupkan semula sama seperti keadaannya semasa manusia dibumi, dimana pula datangnya darah semasa dialam kubur. hehe.. So, pikir2lah yer..
ROH manusia sebenarnya adalah AKALnya.. Kalo tidak masakan kalo org gila kita panggil juga sebagai ORG HILANG AKAL. Selagi Akal nya masih waras, selagi itue rohnya berada bersamanya.
macam mana pula dengan hidupan lain yg berdarah. contoh binatang?
"syurga terletak dibawah tapak kaki ibu"
bagaimana pula bagi binatang yg tak berkaki? aku cuma nak kaitkan darah dengan nyawa... sebab minda aku enggan terimanya.
semua hidupan adalah bernyawa.
nyawa = darah....
aku rasa aku perlukan penjelasan yg lebih atas kenyataan ni
kenapa kenapa kenapa darah jer... bagaimana dengan tubuh, tulang2 yg reput, bendalir/cecair badan yg lain... nyawa jugak kah itu?
Copy the Code
Kenapa darah yer? Mari kita berbalik semula pada awal kejadian manusia, bukankah kita bermula dari segumpal darah. kemudian membentuk menjadi tulang sehingga terjadinya tubuh badan. So, tanpa segumpal darah itu, kita tidak akan memiliki tubuh badan sedemikian.
ada orang yg berpendapat 'ruh' (nyawa) tu 'letaknya' kat nafas sbb ayat 'menghembuskan nafas yg terakhir'. tapi kalau ruh tu letaknya dalam nafas, apa akan jadi setiap kali kita inhale/exhale?
persoalan tentang 'di mana letaknya nyawa (ruh)' ni rasanya soalan basic bagi setiap 'ahli fikir'. antara soalan pertama yg akan terlintas jugak. macam aku dulu, pernah tertanya pasal benda ni. pernah tanya pendapat kebanyakan orang jugak. jawapan yg biasa didengar adalah 'nafas', 'jantung' & 'darah'.
tapi.... kalau pendapat aku, aku memandang ianya sebagai seluruh. whole. ruh adalah bersebati dgn tubuh. dari hujung rambut sampai hujung kaki. mungkin jugak 'dimensi'. dimensi ruh. dalam tubuh. semuanya bersepadu.
kalau diikutkan, tubuh kita ni.... darah, daging, tulang, otot, organ, dan sebagainya. tanpa ruh, tubuh manusia ni 'kosong'. 'patung'. camana nak cakap ya. ok la. kita tau jantung kita berdegup, tapi 'apa' yg menyebabkannya berdegup? kalau rujuk sains mungkin ada jawapannya. tapi kalau direnung lagi dalam, puncanya kepada jawapan tu adalah apa? perentak jantung - APA sebenarnya yg menggerakkan perentak jantung yg menyebabkan jantung itu berdegup? macam deria. mediumnya adalah organ. tapi adakah kita nampak apa itu 'deria'? sama jugak macam akal. organnya otak? di bahagian manakah dalam otak letaknya akal? hmmm. perasaan. adakah perasaan tu terletak kat hati? dalam bahagian mana di dalam hati letaknya perasaan? sama jugak macam 'suara' kita yg biasa kita dengar bila berfikir atau merasa. ianya dari 'dalam', kan? apa sebenarnya yg berbicara? dari mana datangnya suara tu? dari kepala? dari dada? sama juga macam berbagai lagi yg ada dalam tubuh kita sendiri. segala sistem. segalanya. ada yg kita boleh lihat (zahir). & ada yg kita tak boleh lihat (batin). yg kita tak boleh lihat tu la ruh. tapi ia bersatu & sebati dalam tubuh. membentuk manusia. ni pendapat peribadi aku la. haha.
apa sahaja jawapan, ianya bukan pasti atau muktamad. sbb pengetahuan manusia sangat terhad. apatah lagi tentang ilmu ruh. ilmu ruh adalah 'rahsia'.
ok la. kalau TT anggap darah itu sebagai nyawa, sbb asal manusia dari segumpal darah. bukan nak argue, tapi kita pun tahu kan, setelah beberapa bulan, baru la 'janin' itu 'ditiupkan' ruh/nyawa ke dalamnya. jadi - peringkat awal janin, ianya cuma segumpal darah. yg 'tidak berisi'.
cuba tengok pulak bagaimana keadaannya bila seorang manusia tu menghadapi kematian. ruh akan 'ditarik' melalui ubun2 kan? cuba baca & hayati dari sumber yg memperkatakan tentang kematian. bagaimana satu persatu deria akan 'hilang'. kalau tak silap, deria penglihatan yg terakhir berfungsi. adakah sbb mata letaknya paling atas & paling dekat, berhubung terus dgn otak? lepas tu... hmmm. menghembuskan nafas yg terakhir? adakah kita bernafas melalui ubun2? adehhhh. hmmm.
entah. benda yg complicated. tak tercapai dek akal. tak terjangkau dek tangan akan 'ilmu rahsia' macam ni. kita boleh bentang macam2 jawapan. cuma itulah. harap tidak tersasar jauh.
ROH manusia sebenarnya adalah AKALnya.. Kalo tidak masakan kalo org gila kita panggil juga sebagai ORG HILANG AKAL. Selagi Akal nya masih waras, selagi itue rohnya berada bersamanya.
tak faham, knp roh dikatakan akal.
Org gila dipanggil org hilang akal, sebab akalnya yang hilang bukan roh yang hilang.
Org yang hilang roh dipanggil orang mati.
penah baca artikel saintis satu dunia susah nak clarify apa itu mati secara saintifiknya.
adakah
a. otak tak berfungsi
b. jantung tak berfungsi.
otak menggerakkan jantung, jantung supply darah ke otak. so sapa pegi dulu?
sepakat diorg berkata, ada sesuatu dalam sel manusia, iaitu ruh.
cuba pikir gini plak,
adakah otak masih bleh berfungsi, if , kepala tu di penggal, pastu cepat2 ganti major blood vessel ngan mechanical jantung yg connected to mechanical hati ginjal dan kita supply o2 byk2 kat darah. adakah kepala tu masih hidup?
errr. tak tau la berkaitan ataupun tidak. tapi bila dah sebut pasal 'penggal kepala' tu, automatik teringat experiment by soviet dalam tahun 40'an. cuba tengok youtube ni.
part 1
part 2
nasihat ikhlas. untuk orang2 yg lemah semangat, tak payah la tengok ye. nanti teringat2 pulak.