Seorang wanita di Twitter bertindak mendedahkan sisi gelap bapanya yang didakwa suka menonton video lucah dan menjalinkan hubungan sulit dengan wanita lain.
"Isunya sekarang adalah saya rasa bapa saya ada perempuan lain. Backstory dia, saya rasa ayah saya ketagih video porno. Dapat tahu apabila saya nak pinjam laptop bapa.
"Waktu ini umur saya dalam sekolah rendah dan saya tertengok video tu. Sejak itu saya tahu ayah ada ketagihan porno," katanya di Twitter.
Gambar Hiasan
Menurut pengadu, sisi gelap itu ternyata berbeza dengan perwatakan bapanya yang alim dan agak tegas dengan anak-anak.
"Sepanjang saya membesar, dia (ayah) seorang yang sangat alim, tenang, berfikiran waras dan memang quite the father figure yang sangat penyayang.
"Cumanya dia tegas dan kami adik-beradik tak banyak berborak dengan dia, tapi bolehlah kalau nak gurau sekali-sekala," ujarnya.
Tidak terhenti di situ, pengadu berkata dia sekali lagi berdepan kejadian hampir sama pada minggu lalu, sekali gus membongkar kecurangan bapanya yang kini berusia 64 tahun bersama seorang wanita.
"Kembali balik kat masa sekarang, ayah saya dah pencen dah pun. Minggu lepas saya pinjam telefon ayah dan apabila saya tengah guna, keluar notification Telegram daripada Aisyah yang tulis 'rindu nak peluk abang'.
"Ayah saya terus ambil phone dia, dan macam biasa saya buat tak tahu. Buat-buat tak nampak, borak balik dengan ayah saya macam biasa. Okey la kita husnuzon, mungkin group pencen-pencen bapa saya tu bergurau.
"Benda-benda macam ni kan dah normalize antara lelaki. Tapi saya tergerak hati nak tengok phone ayah dan saya cari nama tu di Telegram.
"Chat room tu ada tapi semua perbualan dah padam. Kalau tak ada benda yang nak disorok, kenapa nak padam kan?" ujarnya yang turut menjumpai sejarah carian porno dalam telefon bapanya.
"Sekarang saya ni tak tahu nak buat apa. Nak ceritakan pada adik-beradik saya pun, saya tak nak tanggapan mereka kat ayah saya buruk. Jika betullah dia ada perempuan lain, memang hormat saya dah hilang dah kat dia.
"Dan ini pastinya akan melukakan hati ibu saya. Saya tak mahu ia berlaku. Apa perlu saya buat, bantu saya," luah pengadu lagi. -CARI
Post time 14-9-2023 11:38 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 14-9-2023 07:41 AM
Semua manusia tak Kira pangkat dan umur ada mempunyai sisi gelap mereka.
Tapi mereka yang cerdik pandai dan waras …keluarga adalah yang di utamakan di dalam segala hal.
Kau tidak percaya? Sila Tanya haji hadi apa sisi gelap dia
speku pacik tu mesti suka main porem jugak..kadang post ala2 alim kadang meratip tek tek. org mcmni munafikun depan org tertentu baik tapi belakang saptek saptek je ratib