View: 2884|Reply: 33
|
[Tempatan]
Penduduk Johor kiciwa bawang merah sebelum ini RM5 hingga RM6 sekilogram naik antara RM9 hingga RM13,lada kering sebelum ini RM13 sekilogram naik mendadak ke RM21.Madani ke Mahalni?
[Copy link]
|
|
Johor Bahru: Harga bawang merah, bawang putih dan cili kering yang naik antara 30 hingga 40 peratus menyebabkan pengguna terutama peniaga makanan mengeluh kerana kian terhimpit.
Tinjauan di sekitar Tampoi dan Masai di sini, mendapati harga bawang merah yang sebelum ini RM5 hingga RM6 sekilogram kini naik kepada antara RM9 hingga RM13.
Bawang putih naik dari RM5 sekilogram ke hampir RM9 manakala lada kering yang sebelum ini hanya RM13 sekilogram naik mendadak ke lebih RM21.
Peniaga nasi campur dan makanan bergoreng, Mohammad Izam Seran berkata kenaikan harga bawang merah, bawang putih dan lada kering sudah berlaku sejak awal tahun lalu.
Katanya, kenaikan yang konsisten menyebabkan harga bahan mentah berkenaan semakin melambung kebelakangan ini
"Sebenarnya kenaikan harga bahan mentah berlaku kepada hampir semua barang namun paling mendadak adalah bawang besar, bawang putih dan lada kering termasuk beras pula kini.
"Sebelum ini, seguni lada kering 10 kilogram hanya RM130 namun kini melebihi RM210 seguni.
"Bawang merah dan bawang putih pun sudah naik mendadak masing-masing kepada RM13 dan RM9 sekilogram berbanding masing-masing hanya RM8 dan RM5 sekilogram sebelum ini.
"Peniaga kecil seperti saya sangat terjejas dengan kenaikan mendadak bahan mentah sehingga terpaksa menaikkan harga makanan dijual di gerai hingga 10 peratus," katanya.
Sebelum ini media melaporkan kenaikan harga barangan mentah membabitkan gula pasir premium, cili kering, bawang besar dan kecil, ikan bilis yang didapati mengalami kenaikan sehingga 40 peratus menyebabkan pengguna terutama peniaga kecil semakin terkesan.
Dalam pada itu, Setiausaha Persatuan Usahawan India Muslim Negeri Johor, Hussien Ibrahim, berkata sebanyak 300 pengusaha restoran mamak di negeri ini dijangka menaikkan harga makanan terutama berasas beras sebanyak 10 peratus dalam masa terdekat.
Katanya, pengusaha restoran mamak semakin terbeban dengan kenaikan mendadak harga bahan mentah termasuk telur, bawang merah dan putih, lada kering dan beras yang menjadi bahan utama masakan mereka.
"Ahli kami tidak lagi dapat menyerap kos operasi yang semakin tinggi terutama sewa dan gaji pekerja dan kini pula harga bahan mentah naik mendadak.
"Kami merayu supaya kerajaan mengambil tindakan menangani kenaikan harga bahan mentah yang semakin tinggi ia bukan sahaja menyebabkan harga makanan terpaksa dinaikkan malah ia menyebabkan kemampuan pengguna juga semakin terhad dalam berbelanja termasuk untuk makan di luar," katanya.
Disiarkan pada: September 15, 2023 @ 11:13am
Link: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/09/...-dan-terus-naik |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
pergi la ngadu dgn yb2 umno... kan wak jahit kabo yg die akan bantu yb2 umno utk tangani masalah rakyat |
|
|
|
|
|
|
|
aikkk bukan japrut syg jahid nad nua ke, hidup madani |
|
|
|
|
|
|
|
apa la sgt banding ngn kemenangan phbn prk aritu. |
|
|
|
|
|
|
|
Apabila ekonomi dipegang oleh bangsa tertentu yg berjaya menjadi kerajaan ..sila hadap ya.. Merintih berguling ke ada mereka kisah? Ini masanya buat duit oiii.. Awak awak awak melopong la ya jadi balaci hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
So mana bmf apa bagai dulu? Inilah masanya... melayu tolong melayu... |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus pula..dekat sabah ni dari 2 tahun lepas lada kering rm21. Lah ni baru2 rm28 sekilo. Bawang putih dah lama 9.9 sekilo |
|
|
|
|
|
|
|
darkness replied at 15-9-2023 03:36 PM
Bagus pula..dekat sabah ni dari 2 tahun lepas lada kering rm21. Lah ni baru2 rm28 sekilo. Bawang put ...
aku pun bru mhu komen yg sama, mcm harga tu dah lama kt sabah
tapi sebab benda tu diimport, jadi harga turun naik tu biasalah |
|
|
|
|
|
|
|
vespa_oren replied at 15-9-2023 03:44 PM
aku pun bru mhu komen yg sama, mcm harga tu dah lama kt sabah
tapi sebab benda tu diimport, jadi h ...
Tu la tu..kalau belah semenanjung seekor ayam bulat rm8 sekilo dah bising, ni dekat sabah dah lama rm11.90 sekilo. Yg dada dan peha ayam tahun ni je rm14.90 sekilo. Ada tanya abang dekat selangor katanya sekilo harga ayam baru 6,7,8 sekilo agaknya org sabah ni kaya2 kan |
|
|
|
|
|
|
|
Sultan Johor suruh bagi nuor masa kan? Tunggu dan sabor lerrrr. |
|
|
|
|
|
|
|
Its called inflation dekkkkk.. |
|
|
|
|
|
|
|
Pasar dengkil haritu iols beli RM9.40 sekilo ayam bulat.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah pengundi2 PH & BN.... PHBN menang hidup rakyat senang |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah. Dari Tun M, ke Pak Lah, ke Najib, ke Tun M balik ke Mahiadin, Sabri dan Anwar, cukup pakai makan anak beranak. Janji pandai urus kewangan. Kalau tak mampu tak payah le nak mencekik jugak jugak benda tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tazzabar nak kibarkan bendera putih |
|
|
|
|
|
|
|
I absolutely love Milwaukee Bucks jackets! They're not only a stylish way to show support for my favorite NBA team but also incredibly comfortable. The design and quality of these jackets are top-notch, and they're perfect for staying warm during those chilly game nights or just adding a sporty touch to my everyday look. Plus, it's a great conversation starter with fellow Bucks fans. Go Bucks! |
|
|
|
|
|
|
|
Mahal tak mahal...sama ada uols tak yah pakai bawang and cili or uols tanam je la sendiri belaakng rumah |
|
|
|
|
|
|
| |
|