View: 4369|Reply: 22
|
Housemate From Kelantan- Pengotor Baju Tak Pernah Basuh, Ulang Pakai Sampai Busuk, 'Berkubang' Atas Sofa Sampai Kain Hitam Legam
[Copy link]
|
|
Seorang individu meluahkan rasa geli dan bengang dengan teman serumahnya yang seolah-olah 'kebal' penyakit.
Bilik yang didiami bukan sahaja bersepah dengan sampah dan berbau busuk, malah lantai juga melekit apabila dipijak.
Lantai berjubin putih itu juga kelihatan seperti berkarat kerana terdapat kotoran akibat tidak pernah dicuci.
Paling mengejutkan apabila bajunya tidak pernah dibasuh dan diulang pakai selama beberapa kali meskipun telah berbau busuk.
Menurut lelaki itu lagi, paling menyakitkan hati apabila makanan yang dibelinya turut dimakan oleh teman serumah itu tanpa meminta keizinan terlebih dahulu.
"Housemate from hell. Pengotor, pakaian tak pernah basuh dan makan makanan orang suka hati saja.
"Housemate berasal dari Pantai Timur, negeri bermula dengan huruf K," ciapnya di Twitter.
Tambahnya kejadian yang paling tidak dilupakan adalah kain sofa rumahnya bertukar hitam selepas rakan serumah 'berkubang' di atasnya.
Mana tidaknya, sofa tersebut dijadikan tempat tidur selama lebih dua bulan kerana pada waktu itu kipas di biliknya rosak.
"Dia pernah 'tinggal' di sofa rumah selama dua bulan lebih sebab kipas bilik rosak. Kain sofa tu jadi hitam legam brother.
"Ada masa dia pakai boxer loose, 'lato-lato' tergantung dan lepak di sofa... aku juga yang kena basuh kain sofa tu," luahnya lagi.
Disebabkan tidak tahan dengan situasi sebegitu, dia anggup membelikan kipas baharu untuk teman serumahnya sekali gus mengelakkan dia daripada terus menggunakan ruang tamu dan sofa sebagai tempat tidur.
"Masa tukang elektrik datang pasang kipas, dia tiba-tiba mengaku ada sijil SKM (Sijil Kemahiran Mara) level 3 dan tahu buat tetapi enggan sebab bukan kerjanya."
Menurutnya lagi, dia sudah berbincang dengan rakan serumah mengenai isu ini beberapa kali sama ada melalui WhatsApp mahupun bersemuka.
Namun kesemuanya tidak berjaya menemui penyelesaian meskipun sudah bertumbuk dan memaki hamun.
Bagaimanapun, dia menyatakan bukan semua K, dipercayai singkatan untuk negeri Kelantan berperangai seperti rakan serumahnya itu.
Luahannya itu mendapat pelbagai reaksi warga maya dan kebanyakannya berkongsi pengalaman mendapat rakan serumah dari negeri yang sama.
"Aku pernah dapat housemate macam ni. MasyaAllah tak tahu nak cakap dia punya pemalas tu tahap macam suruh telan racun.
"ernah jumpa lagi teruk daripada ini... tilam hilang warna dah.
"Aku pun pernah hidup dengan roomate macam kau juga dan negeri yang bukan K, aku rekod dan ambil gambar biliknya sebiji keadaan macam ni dan lagi teruk!
"Rumah sewa pertama masa kerja semua geng K. Aku husnuzon masa tu, sebulan sahaja tahan aku terus chow (pergi) sebab masak tak basuh dan lantai melekit memang pakai selipar dalam rumah," ujar beberapa netizen. -CARI
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
iol pernah se-roommate dgn org dari negeri K juga. memang pengotor. bilik, katil dipenuhi dgn baju yg tak berlipat lepas tu budu dibiarkan sampai berulat2x. busuk, bau sampah bilik dia. sgt2x bersepah.
akak sorang tegur, terus dia tak balik bilik sebulan dan dibiarkan biliknya berbau.
masalahnya, dia dah kahwin. tp perangai kotor mengalahkan setan. |
|
|
|
|
|
|
|
shi_jewel replied at 15-9-2023 04:09 PM
iol pernah se-roommate dgn org dari negeri K juga. memang pengotor. bilik, katil dipenuhi dgn baju y ...
Setan-setan pengotor ni lah yang suka undi parti PIS |
|
|
|
|
|
|
|
Eh i nak share lah, i pernah ada hsemate dari K juga, 1 uni, sheols senior, lain course, Ya ampun sheols kalau nak keluar lawanya lahaiii, tapi spender rendam sampai bertahi lalat, bilik dia jgn cakaplah mcm kena bom. serdak2 biskut atas karpet, selamba kat situlah sheols baring2, kat situlah makan, kat situlah solat, adoii entah apa cerita lah akak tu. |
|
|
|
|
|
|
|
nasib baik roomate aku dr negeri K xpengotor mcmni
helok bersih orgnya |
|
|
|
|
|
|
|
org lelaki dah mmg semulajadi pemalas...tmbh pulak dari belah sana...x dapek nak tolong.... |
|
|
|
|
|
|
|
jangan la main negeri 2 pulak
wa pernah dpt 1 vendor repair printer, rambut kusut masai, jaket dia punya bau, pergh 4 meter dah berbau.. tak basuh ke apa baju dan jaket atau seluar dia
wa rasa dia ada masalah BO, tp baju seluar pn mmg lekeh je cam tak baso
wa tanya kg mana?
orang rawang bang, selangor
oh dekat je la, tak jem la balik kg nnti...
tp wa tak viral kan orang selangor pengotor, ini individu bukan orang negeri..
|
|
|
|
|
|
|
|
oh ye korang kena paham orang neger K kan ada masalah air,
oh ye aku bukan nak kutuk orang lelaki negeri K,
tp wa ada kenal sorang, kt rumah mak dan adik2 pompuan dia basuh kan baju , pinggan , buang sampah
bila dok sorang
sama la cam topik ni , baju tak basoh, sampa tak buang, pinggan tak baso
bila balik kg hangkut baju2 tak baso tu byk2
skrg suda kawin, wa ada g roma dia , kejap2 panggil bini, baso pinggan, buang sampah, lap lantai,
dia pulak, menguap huaaa aduh aku pening kepala ar, mengantuk ar, ps makan tido , tido siang tu ibarat rutin harian...
tp bini dia redho walopn pada awal tahun ke 3 ada la juga bini ter lepas cakap laki dia malas
tp berbanding dgn laki lain yg telan pil kuda, dia redo, laki dia rokok pn tak isap jd kategori laki baik juga la... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau cmtu mudahlah kaka boleh buat conclusion orang pangkal nama F _ _ _ k a suka sondol suami orang.
|
|
|
|
|
|
|
|
Roommate i zaman uni dr Kelantan...housemate lepas tu masa duk rumah sewa pun dr Kelantan...ok je dia orang...takde masalah macam ni |
|
|
|
|
|
|
|
pokok nyaaaaaa... harus di tebang dong |
|
|
|
|
|
|
|
bkn semua mcm tu tp mmg kebanyakan mcm tu
pastu suka sembang benda2 lucah
|
|
|
|
|
|
|
|
Roomate k aku plk zmn hostel, dia simpan mug milo bawah katil sbb dh mls nk basuh konon dh mlm, esok la basuh. Last sampai habis sem tak basuh siap berkulat. Trs dia buang mug tu . Klu nk buang patutnya xpyh rancang basuh, lps minum milo ty trs buang dgn mug2 sekali.. |
|
|
|
|
|
|
|
Pernah dapat roommate org K..kawan geng2 dia saja ..pakai baju mmg hanger bawah kipas ,simpan balik dlm almari. Basuh baju pun setakat rendam hilas sidai. Senang.jarang ada Kat bilik sebb dok kumpul nagan set2 dia tu tengok Hindustan. ..bangun tidur kul 12 terus pi kelas... kalau bersiap memang kemas..banyak pulak peminat siap tukar2 bf.tak tau ada jadi sebab dia dok ulang semester. |
|
|
|
|
|
|
|
Mung ni pembangune ko mung nok isle
Mamat ni solat kat surau 24 jam ke
Bilik x serupa tmpt solat |
|
|
|
|
|
|
|
I rasa individu punya masalah ni, dan didikan dari rumah. I dulu rumet kelantan, memang jenis baju tak lipat, dia hempuk campak je dalam almari dia. Situlah. Tapi time keluar, memang bersiap. Housemate kelantan, pembersih, rajin masak.
Anyway, mohon minta housemate tu keluar je lah. Tak payah menyewa situ lagi. Sakit mata, sakit hati. |
|
|
|
|
|
|
|
Roommate aku pulak terlebih rajin.. klu pegi kelas, seluar jeans pun dia iron.. dah abih uni dah kawin apa suma, skang pakai seluar jeans aku pun ikut sama terpengaruh iron dulu sebelum pakai |
|
|
|
|
|
|
| |
|