Mencampurkan simen ke dalam air minumannya untuk diminum. Itu tabiat pelik seorang lelaki di wilayah Sulawesi Selatan, Indonesia yang sering makan dan minum air simen ketika bekerja.
Semasa bekerja, Haris Daeng Ngalle yang merupakan penduduk daerah Pattallassang juga akan mencampurkan buah-buahan yang disediakan di tempat kerjanya dengan simen sebelum ia dimakan.
Haris mencampur simen ke dalam air minumannya. - Foto/iNews TV/Bugma
Haris melakukan tabiat pelik itu sejak tiga tahun lalu dan amalan itu tidak menyebabkan dia sakit atau mengalami masalah penghadaman.
Menurut Haris, kali pertama dia makan simen adalah ketika terperangkap di dalam gudang yang penuh dengan habuk dan simen.
Sejak itu, Haris seronok menghidu habuk dan cuba makan simen di gudang.
“Rasa simen memang sedap, sampai sekarang saya ketagih,” kata Haris.
Sehingga kini, Haris masih sihat dan terus bekerja di sebuah kedai bahan binaan di Daerah Pattallassang, Kabupaten Takalar.
Sumber: KOSMO! Online |