View: 1097|Reply: 1
|
Lelaki Parah Zakar Digigit Wanita Ketika Melakukan Hubungan Intim
[Copy link]
|
|
Seorang wanita ditembak di belakang kepala ketika berasmara dengan suami orang.
Daily Star melaporkan, lelaki itu juga parah pada zakar selepas mangsa menggigit kemaluannya ketika dia dibunuh.
Fox6
Polis yang tiba di tempat kejadian di Milwaukee, Amerika Syarikat, mendapati lelaki berkenaan mengalami pendarahan yang banyak.
Memetik laporan Fox6, isteri berusia 30 tahun, Michelle Silas pulang ke rumah pada awal pagi Isnin 11 September lalu dan mendapati suaminya sedang melakukan hubungan intim dengan wanita lain berusia 22 tahun ketika ketiga-tiga anak mereka tidur di rumah.
Dilaporkan Silas diajak untuk melakukan hubungan intim bersama sebelum didakwa menembak mangsa ketika beraksi bersama suaminya.
Silas kemudian mendapatkan anak-anaknya dan melarikan diri sewaktu polis tiba di lokasi kejadian.
Turut dilaporkan Silas mengaku kepada polis bahawa dia menembak mangsa tetapi perbuatan itu dilakukan tanpa niat.
Silas dihadapkan ke mahkamah pada 15 September lalu dan bon ditetapkan pada AS$100,000 (RM467,000).
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
| |
|