CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6918|Reply: 52

Berpeluk, Bersalaman- Lelaki Rakam Detik Terakhir Sebelum Bercerai Dengan Isteri "Berpisah Bukan Bererti Membenci Satu Sama Lain"

[Copy link]
Post time 19-9-2023 11:31 AM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA – "Berpisah bukan bererti membenci satu sama lain. Jika ada jodoh, pasti bertemu kembali," kapsyen video milik seorang lelaki yang berkongsi momen-momen terakhirnya bersama isteri sebelum berpisah di laman TikTok.


Menerusi video sama, pasangan yang berpakaian serba hitam tersebut dilihat sempat berpelukan, bersalaman dan berpegangan tangan buat kali terakhir sebelum tiba di pekarangan mahkamah.








Di ruangan komen, ramai pengguna berasa tersentuh hati dan sebak dengan situasi yang dialami lelaki tersebut.


Malah, ada juga yang menggesa pasangan tersebut untuk berbaik semula kerana mempunyai hubungan yang sangat akrab.







“Kadangkala berpisah bukan kerana membenci tetapi disebabkan campur tangan keluarga,” kata Iman.


“Semuanya sudah tertulis. Kita hanya boleh redha kerana apa yang terjadi ada hikmahnya. Semoga hubungan dapat dijalin kembali jila ada rezeki,” kata Nions.


“Saya dengan bekas suami juga berpisah secara baik. Pergi ambil borang sama-sama, hantar pun sama-sama. Sampai sekarang masih baik,” kata seorang lagi pengguna. -CARI


Sumber:Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2023 11:40 AM | Show all posts
habis tu asal cerai???
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 11:44 AM | Show all posts
mamajawie: habis tu asal cerai???


kan??? kalau betul2 syg stay aje dgn each other..
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Byk gila kesah cmni kt tt skrg
Semua dok upload
Pastu viral
Nt jual produk
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 12:16 PM | Show all posts
sebak, mudah terhibur, gila viral
tu la gen z skrg



Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Cerai sebab merajuk
..mcm DD.., utang dh dibyr, di bg brg kemas, bunga..lama2 sejuk hati..hilang rajuk..rujuk blk. hahahaa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-9-2023 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Kdg cerai sbb psgan tu gay, lesb.
Syg cinta tu mmg ada..tp x boleh nk commit.
So end up kawin..kekal jd kawan..jika belum ada ank la. Kalau ade ank ya complicated sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 12:30 PM | Show all posts
apa ni .. aku ingatkan konten.

cuma kalauu betul berpisah disebabkan oleh keluarga dah kenapa. semakin gila dunia...

ini semua sebab dagjal..... dengan menggunakan kuasa remote kontrol yg menggunakan bateri aa dagjal boleh berbuat apa sahaja...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2023 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Apakah yang menyebabkan campur tangan keluarga?
Calon tak direstui?
Laki soh dok.rumah.mak dia?

Kekadang lebih elok Jadi kawanndari hidup sebagai suami isteri gitchuu...
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 12:48 PM | Show all posts
perkara dibenci Allah adalah cerai,
cmtu tkpayahla uplod video bagai klu bercerai pun, cam bodoh je buat benda yg Allah  benci

esok2 korang berak amik video taik jatuh dlm lubang plak la.. nmpk sweet sebelum bercerai..
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Meluat sial tengok content macam ni... poyoooo much? Semua benda nak rekod demi clout? Puihhh
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 12:55 PM | Show all posts
banyak je skrg pasangan yg cerai sbb dah tak de feel... takde perasaan dah
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 01:18 PM | Show all posts

Sebab minda masih tertipu bahawa perkahwinan itu satu alam percintaan. Bila sudah tiada cinta yang membara, jadi kawan ja lah. Cari cinta baru, dan baru, dan baru sampai ajm.

Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak test batang dan lubang lain kot.. kalau tak sedap rujuk balik
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 01:30 PM | Show all posts
aku tak paham.. kalau dlm keadaan mcm ni.. masih dok usap2.. pegang2 tangan.. dah tu kenapa cerai?
kes x mampu bagi nafkah mencukupi? Kayu 3?
hmm.. mungkin sebab sayang aje tak cukup kot.. komitmen itu penting untuk sesebuah keluarga.
korang couple terpaling.. sayang  hujung rambut hujung kaki sekalipon.. tapi kalau x mampu nk commit sepenuhnya untuk sebuah perkahwinan.. takleh gak kot..
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Umah tiktok dah sama level ngan budak2 twitter
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2023 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
BBNU weird
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 01:36 PM | Show all posts
ni semua influence dari lawyer2 yg main tiktok. lawyer2 kemain promote ada pasangan happy2 dtg failkan cerai. nampak happy, saling sayang tp takde persafahaman. org pun like byk2. lawyer tu carik makan. kalo takde org bercerai berai celah mana dia nk kaya dah la bukak fail je riban2 dia charge

spesi2 ni esok bila dah kwen lain rasa tak best jugak mulalah nak teringat2 yg lama. lepas tu carik yg lama, curang..zina mcm2 perangai
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 02:09 PM | Show all posts
Aku pernah la jugak pasangan dtg ke pejabat nak bercerai...Kahwin lepas SPM.
Tengok bini lawa macam artis....laki budak muda mcmsengal-sengal ubi je. Kata si pempuan laki dia takde kerja..asal malam je dok lepak main gitar dengan geng bujang.
Dah 6 bulan kawin tak berubah perangai tu yg mintak cerai.
Agaknya kawin dulu pun nak benda tu je. Dah dapat, dah puas...dah boring...balik ke perangai asal, main game, pegi ride dgn geng bujang.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
TikToker mmng suka buat content2 bodoh ke?mengejar like dan viral..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:17 AM GMT+8 , Processed in 0.096435 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list