Mondy Tatto, ibu tunggal yang pernah dibantu penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew dihujani kecaman selepas membuat ucapan selamat datang bulan kelahiran Nabi Muhammad SAW.
Perkongsian Mondy yang tidak mendapat respons sepatutnya di TikTok itu dipercayai ekoran pendedahannya menerusi podcast kendalian penyanyi rap, Caprice mengenai pendakwah bebas, Ebit Lew.
Mondy ucap selamat datang bulan kelahiran Nabi tetapi menerima kata-kata sinis orang ramai
Ebit kemudiannya dilaporkan tampil membuat laporan polis berhubung pendedahan terbabit yang disifatkan sebagai fitnah terhadap dirinya di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, Selangor, pagi tadi.
“Selamat datang bulan kelahiran manusia termulia sang pemberi syafaat untuk umatnya,” tulis Mondy pada hantaran tersebut.
Rata-rata orang ramai mengingatkan Mondy mengenai laporan polis yang dibuat Ebit dan berkata bahawa kebenaran akan terbukti nanti.
“Laporan polis sudah dibuat, tunggu masa saja. Semoga dipermudahkan urusan,” ujar SweetCoffee.
“Kita tunggu Mondy Ustaz Ebit dah sampai Malaysia, kebenaran akan terbukti,” tegas seorang pengguna.
“Selamat kembali Mondy ke Malaysia. Kita tengok siapa menang kes,” komen Wanie.
“Yang berkopiah pun aku was-was ni kan pula bertato,” kata Raff90.
Sumber: KOSMO! ONLINE |