CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 17433|Reply: 24

Untung 'Ciput', Pembekal Tak Minat Jual Beras Tempatan

[Copy link]
Post time 19-9-2023 05:58 PM | Show all posts |Read mode
MELAKA – Isu bekalan beras yang kurang di pasaran didakwa turut disebabkan oleh kekurangan jumlah pengeluaran oleh syarikat pembekal.


Ini disebabkan mereka lebih berminat memasarkan beras import susulan jurang keuntungan yang terlalu besar.


Pengerusi Persatuan Beras Bumiputera Malaysia (Barim) Zon Selatan, Khalil Ahmad berkata, situasi itu juga didorong oleh faktor kos pengeluaran beras putih tempatan yang semakin tinggi, namun harga kawalan masih kekal iaitu RM2.60 sejak sekian lama.


Foto: Kosmo




Katanya, pemborong hanya mempunyai keuntungan nipis sekitar 50 sen bagi setiap 10 kilogram (kg) beras menjadikan lebih ramai pengusaha memilih untuk memasarkan beras import yang dijual mengikut harga tinggi pasaran.


“Pemborong menjual beras putih tempatan pada harga kawalan RM26, keuntungan di situ hanya 50 sen dan 20 sen lagi milik peruncit.


“Apabila keuntungan itu terlalu nipis kebanyakan pemborong, peruncit sendiripun agak tidak bersedia untuk mengedarkan beras tempatan dan akhirnya pengguna sendiri akan terkesan tidak dapat bekalan.


“Ini melibatkan kos sewa, kos upah dan kos pekerja. Mereka tidak berminat untuk mengagihkan beras kecuali harga kawalan itu dinaikkan dan selesa kepada peniaga,” katanya dalam sidang akhbar di Malim di sini, hari ini.


Mengulas lanjut mengenai cadangan kepada kerajaan, beliau mengesyorkan agar harga kawalan dinaikkan daripada RM2.60 untuk sekilogram beras putih kepada RM2.90 bagi sekilogram atau memberikan subsidi sebanyak RM600 bagi setiap metrik tan beras.


Ujarnya, kaedah itu juga dapat membebankan pengguna dengan kenaikan beras putih tempatan sekitar RM3 berbanding harga beras import yang sudah mencecah sehingga RM40.


“Harga beras tempatan ini kalau boleh dinaikkan supaya jurang antara beras tempatan dengan beras import tidak jauh beza, mungkin kerajaan daripada segi tatacara, supaya boleh dinaikkan sekitar RM29.


“Bagi selesa kepada pemborong untuk mengagih dan dapat keuntungan yang sesuai dengan harga dibekalkan oleh pengilang,” katanya.-CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2023 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Hapuskan jelah org tengah ni.luaskan skop keje fama, bantu petani ni jual hasil tanaman diorg . La ni org tgh ni la punca main harga sbnrnye
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 07:22 PM | Show all posts
kena bagi sabsidi lebih besar kpd penanam padi

kerana food security

mgkn jika harga sawit naik lebih sekian2 paras harga..

kenakan tax tambahan

tax ni hulur ke sabsidi penanam padi

aku pi area kulim n sg petani..

kat sana da ada sawit...

kalo dibiarkan, mau 15 tahun lagi jelapang padi kedah no more

ganti ngan tanaman sawit

  
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
naik kan je la harga. biar orang semangat skit nak tanam padi
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau semua pembekal tak minat nak jual sebab untung ciput,kemana pergi beras tu?? Masuk pakaging super import??
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Your father's head la.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-9-2023 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Siapa kawal harga beras.. Bernas mana?
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
selepas mendengar penerangan ZRA Strim iollz rsa cemas dan gelisah mengenai bekalan beras global yang akan terhad tak lama lg...bak kata beliau beras adalah emas putih... org kerajaan dan menteri yg dibayar gaji tolonglah buat kerja... jgn asyik2 nk import je...senang la kerja mcm tu...lepas ni xde sape dh sudi jual kt Malaysia sbb masing2 tak ckup supply...diorang akan ckp ko tanam la sendiri.. tanah ada... then kita nk bg alasan apa? solution menteri pastinya jgn makan nasi, mkn benda lain...as simple as that
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2023 09:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Belibis replied at 19-9-2023 08:38 PM
Kalau semua pembekal tak minat nak jual sebab untung ciput,kemana pergi beras tu?? Masuk pakaging su ...

Kalau tukar packing ke import dpt untung lebih. Mana ada org tahu.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2023 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan ka tukar packaging. Yang viral hari tu. Beras tempatan tapi packaging beras import
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2023 01:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Lagi hal berass
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2023 07:37 AM | Show all posts
iolls yg bujang ni pon bab2 belanja dapur mmg strict lh sejak belakangan ni. semua barang naik ohhhh
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2023 07:42 AM From the mobile phone | Show all posts
pengecatbintang replied at 19-9-2023 07:22 PM
kena bagi sabsidi lebih besar kpd penanam padi

kerana food security

Impossible ke sawit, jajaran kedah pesisiran akan dibangunkan dengan industri. Jelapang padi ke kilang possible daaa
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2023 07:44 AM | Show all posts
OshinDaSolja replied at 19-9-2023 09:29 PM
selepas mendengar penerangan ZRA Strim iollz rsa cemas dan gelisah mengenai bekalan beras global yan ...

Pm Bijan dulu makan Quiona

x makan nasi katenyer
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2023 07:50 AM | Show all posts
Edited by pengecatbintang at 20-9-2023 07:54 AM
mrseller replied at 20-9-2023 07:42 AM
Impossible ke sawit, jajaran kedah pesisiran akan dibangunkan dengan industri. Jelapang padi ke ki ...

jika harga padi tempatan ditekan rendah..

pesawah2 x leh survive..

harga input mcm baja, racu, buruh, upah mesin tuai n bajak makin naik

depa melopong jer tengok petani sawit pendapatan kaw2 lagik tinggi

solution kpd pesawah

1) jual sawah kpd pemaju perumahan

2) jual sawah kat gomen nuat jalan raya atau hiway

3) jual sawah kpd bisnessman tukar kpd status industri (kilang)

4) beralih kpd sawit

food security bukan bole selesai cepat

patutnya beberapa tahun dulu

dalam forum ni aku dah lontarkan masalah padi x cukup ni masa pandemik MCO

masa tu beramai-ramai forumer pakat gelak, hina, kutuk dan bahan aku

skrg ni dah terbukti saper bodo n bangang

dah ler bodo, sombong plak tu



haa.. skrg mendapat ler

padan muka kita semua








Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2023 07:57 AM | Show all posts
kembalilah tanam ubi kayu, ada negara dah boleh modify ubi kayu kepada beras....hhhuhuhuhuhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2023 08:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Mentaliti bangsa tongkat ini...nak kaya..kaya cepat....pada masa yg sama merintih bantuan...

Ptuiii
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2023 08:24 AM | Show all posts
nak untung besar kena kejar volume
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2023 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts
OshinDaSolja replied at 19-9-2023 09:29 PM
selepas mendengar penerangan ZRA Strim iollz rsa cemas dan gelisah mengenai bekalan beras global yan ...

Tgu mat Sabu kata nak buat sabah jelapang padi
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2023 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
mrseller replied at 20-9-2023 07:42 AM
Impossible ke sawit, jajaran kedah pesisiran akan dibangunkan dengan industri. Jelapang padi ke ki ...

Abe mat nak buat kat sabah jelapang padi
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:04 AM GMT+8 , Processed in 0.305508 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list