View: 635|Reply: 0
|
Khairul menanti sinar di Hangzhou
[Copy link]
|
|
KHAIRUL (kanan) memasang cita-cita besar apabila turun membuat penampilan kedua di pentas Sukan Asia yang akan berlangsung di Hangzhou bermula Sabtu ini.
BEKAS raja pecut Asia Tenggara, Khairul Hafiz Jantan mengharapkan temasya Sukan Asia Hangzhou di China dari 23 September hingga 8 Oktober ini mampu membawa sinar baharu buatnya dalam acara 100 meter (m).
Khairul, 25, masih tidak berjaya melepasi catatan bawah 10.20 saat (s) sejak dia memecahkan rekod 100m kebangsaan dengan masa 10.18s ketika meraih pingat emas Sukan Malaysia (Sukma) 2016 di Kuching, Sarawak.
Bagaimanapun, juara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 itu kembali mendapat keyakinan dan semangat selepas bebas sepenuhnya daripada masalah kecederaan sejak mengalami hamstring pada awal tahun 2018.
Kini, Khairul berazam untuk melakukan yang terbaik dan memburu catatan peribadi baharu sekiranya namanya disenaraikan beraksi dalam acara 100m bersama Muhammad Azeem Mohd. Fahmi di bumi Hangzhou nanti.
“Saya tak tahu lagi berlari ataupun tidak (acara 100m) tetapi andai kata ada rezeki, saya akan cuba yang terbaik buat Malasyai dan cari catatan lebih bagus.
“Kalau tiada sebarang halangan atau kecederaan pada hari pertandingan dan fokus saya hanya kepada 100m, tidak mustahil untuk saya dapatkan semula catatan 10.18s.
“Kalau saya dapat kekalkan catatan antara 10.2s hingga 10.3s dah dikira sangat bagus untuk diri saya,” kata Khairul yang akan membuat penampilan kedua di Sukan Asia selepas edisi 2018 di Jakarta-Palembang, Indonesia.
Dalam masa sama, fokus atlet dari Melaka itu kini lebih tertumpu kepada membantu kuartet 4x100m untuk mencetak rekod kebangsaan baharu, memadam catatan 49.09s yang dilakukan sewaktu Sukan SEA Hanoi di Vietnam tahun lalu.
Selain Khairul dan Azeem, dua lagi slot dalam kuartet 4x100m negara bakal menjadi rebutan antara Muhammad Haiqal Hanafi, Jonathan Nyepa, Muhammad Arsyad Md. Saat dan Russel Alexander Nasir Taib.
“Misi kami mahu melakukan catatan terbaik berbanding ATF (Kejohanan Olahraga Asia di Bangkok, Thailand pada Julai lalu). Bonus kalau kami dapat perbaharui rekod kebangsaan,” jelas Khairul.
https://www.kosmo.com.my/2023/09 ... -sinar-di-hangzhou/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|