View: 4906|Reply: 0
|
Harith Farhan tekad bangkit di Gong Badak hari ini
[Copy link]
|
|
Harith Farhan (tengah) bersama kru TCPRT termasuk Nur Atikah pada aksi kelayakan pertama kategori perdana CP150 Kejuaraan Cub Prix Malaysia di Litar Permotoran Terengganu, Kuala Nerus semalam.
PELUMBA Tobaki Cilik Pink Racing Team (TCPRT), Harith Farhan Baharin mahu pamer tunggangan lebih baik pada Kejuaraan Cub Prix Malaysia di Litar Permotoran Terengganu hari ini.
Anak jati Kampung Bukit Besar, Kuala Terengganu itu berkata, kekecewaan gagal menamatkan perlumbaan pusingan keenam di Teluk Intan, Perak pada 3 September lalu mahu dilupakan di negeri kelahirannya.
Bagaimanapun, beliau belum berpuas hati dengan prestasi pada aksi kelayakan pertama kategori perdana CP15P dengan catatan masa terbaik 49.984 saat (s), semalam.
Pelumba berusia 24 tahun tersebut mengakui masih mencari rentak terbaiknya musim ini apabila gagal menamatkan perlumbaan sebanyak empat kali daripada enam pusingan setakat ini.
“Dalam tahun pertama pasukan kami berentap dalam kategori perdana CP150, saingan cukup sengit dan jauh berbeza berbanding tahun lalu daripada pasukan atau pelumba lain.
“Begitupun, ia bukan menghalang semangat juang saya dan seorang lagi pelumba, Md. Afizi Supaat untuk terus berusaha mengutip mata dalam setiap perlumbaan,” katanya ketika ditemui di Litar Permotoran Terengganu, Kuala Nerus.
Harith Farhan berkata, mereka sedang menyesuaikan diri dengan jentera masing-masing yang telah diberi penambahbaikan bagi memberi tentangan untuk perlumbaan hari ini.
Mohd. Afizi pula agak bergelut dalam sesi latihan bebas selepas mencatat masa terbaik 51.668s.
Sementara itu, Pengurus TCPRT, Nur Atikah Azwar berkata, beliau optimis kedua-dua pelumba sandaran itu mampu mempamerkan prestasi lebih baik di Terengganu minggu ini selepas kegagalan pada pusingan terdahulu.
https://www.kosmo.com.my/2023/09 ... ong-badak-hari-ini/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|