View: 2620|Reply: 5
|
Albus Dumbledore Meninggal Dunia
[Copy link]
|
|
London: Pelakon berdarah Ireland-Inggeris, Sir Michael Gambon menghembuskan nafas terakhir di hospital pada usia 82 tahun selepas menghidap penyakit radang paru-paru, demikian menurut kenyataan keluarga mendiang seperti laporan portal berita Mail Online hari ini.
Gambon memulakan kerjaya seninya selama 60 tahun bersama pelakon terkenal, Sir Laurence Olivier sebagai ahli asal Teater Negara Diraja.
Dia amat disayangi penonton yang lebih mengenalinya melalui watak Albus Dumbledore dalam filem Harry Potter.
Isteri mendiang dan anak lelakinya, Fergus Gambon berkata: “Kami sangat sedih untuk mengumumkan kehilangan Michael Gambon
“Suami dan bapa tercinta, Michael meninggal dunia di hospital di samping isterinya, Anne dan anak lelakinya, Fergus berikutan serangan radang paru-paru. Michael berusia 82 tahun.
“Kami meminta anda menghormati privasi kami pada masa ini dan terima kasih atas mesej sokongan dan kasih sayang anda,” demikian kenyataan tersebut. – Agensi
Sumber: Kosmo! Online |
|
|
|
|
|
|
|
Wuu sedihnyaa.. dua org dlm HP dah meninggal. Mesti Daniel Radcliffe aka Harry sedih sgt dgn berita ni |
|
|
|
|
|
|
|
4 dah untuk watak penting HP
Richard Harris bawak watak Albus Dumbledore dalam HP1 & HP2. Lepas RH meninggal, Michael Gambon ambik alih watak AD start dari HP3
Alan Rickman-Severus Snape
Robbie Coltrane-Rubeus Hagrid
|
|
|
|
|
|
|
|
delia3003 replied at 29-9-2023 12:53 PM
4 dah untuk watak penting HP
Richard Harris bawak watak Albus Dumbledore dalam HP1 & HP2. Lepas RH ...
Ohh sorry my mistake. Yg Richard tu iolss darjah 4 time tu yg snape iolss lupa lah dia kanser. Hagrid last year kan. |
|
|
|
|
|
|
|
takziah. meninggalkan banyak jasa dan kenangan |
|
|
|
|
|
|
|
one of the best movies, selain LOTR.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|