View: 3577|Reply: 0
|
[Melaka]
90,000 kg beras tempatan dijual kepada penduduk Melaka esok
[Copy link]
|
|

Ketua pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh. FOTO AMIR MAMAT
Jasin: Penduduk Melaka berpeluang untuk mendapatkan beras putih tempatan pada program khas jualan terbuka makanan ruji itu di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di semua Kompleks Jawatankuasa Penyelaras dan Pembangunan DUN (Japerun) di negeri ini, esok.
Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Dr Muhamad Akmal Saleh, berkata sebanyak 9,000 kampit membabitkan 10 kilogram (kg) setiap satu itu akan dijual dengan harga RM26 menerusi program yang diuruskan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan.
Katanya, kerajaan negeri bersama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) negeri akan menyediakan beras putih tempatan untuk dijual hanya kepada warga tempatan.
"Sepanjang program jualan itu berlangsung, pihak Japerun akan melakukan pemantauan bagi mengelakkan bukan warga negara turut membeli beras tempatan itu.
"Kita juga menetapkan setiap keluarga hanya boleh membeli sekampit beras, namun boleh membelinya lagi pada Sabtu berikutnya, bergantung kepada stok bekalan," katanya selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Madani Bersama Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Muhammad Faiz Fadzil di Kompleks Japerun Serkam, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, beliau yang juga Ketua Pemuda Umno, berkata jualan beras itu dijangka diadakan setiap minggu mengikut bekalan yang diperoleh daripada Kawalselia Padi dan Beras sehingga situasi berkenaan kembali pulih.
Sementara itu, beliau berkata, anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bersama pihak berkuasa lain seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan bekerjasama memantau penjualan beras tempatan di semua pasar raya dan kedai runcit bagi memastikan bekalan berkenaan sampai kepada rakyat.
"Kerajaan sudah merangka dan melaksanakan polisi yang baik untuk rakyat termasuk dalam isu bekalan beras ini dan penguatkuasaan perlu dilakukan secara tegas dan terperinci terutama kepada pemborong atau pengilang beras yang dikesan mengambil kesempatan dalam situasi ini.
"Jika 100 tan metrik beras masuk ke Melaka, kita perlu pastikan jumlah ini sampai kepada rakyat," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... enduduk-melaka-esok |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|