Terapi Bunga Dalam Rawatan Islam.Haa, kalo korang perasan, bila jumpa tuk dukun ke, orang orang yang masalah benda benda halus ni, kadang kadang diorang akan gunakan terapi bunga ye tak. Jadi, apa sangkut paut terapi bunga ni dalam rawatan islam?. Ada, sebab terapi bunga ni kebanyakannya digunakan untuk pemulihan ruh atau semangat yang goyang atau goyah.
Contohnya, korang boleh rasa terapi bunga ni sendiri. Kononla, korang ni rasa malas sangat, bila korang lalu satu terapi bunga ni, tetiba je korang sengih2, hari korang yang bermula dengan lembik tak bermaya membuatkan korang akan menjadi cerdas macam orang spastik.
Teknik Terapi Bunga , Camne CaranyaDisebabkan terapi bunga ni amat berkait rapat dengan pemulihan semangat, kebanyakannya digunakan untuk penyakit berbentuk mental dan perasaan seperti sakit gila, tekanan perasaan, stress tempat kerja dan sebagainya.
Kalo nak test, cuba korang marah2 sorang member korang, pastu konfirm dia marah korang balik kan, apa lagi, semburkan terapi bunga tu kat diorang. Diorang still marah, tapi tak la 100 peratus…
Sebab tu dalam islam digalakkan memakai wangi wangian. Sebab wangi ni memang menenangkan jiwa. Ok, untuk membuat terapi bunga ni, yang mana kita sendiri pun leh buat, korang kena petikbunga seawal enam setengah pagi, kira lepas subuh da ok la tu.
Masa tu bunga akan mengeluarkan satu aura aromaterapi yang sangat tinggi. Orang kata high impact la. Ok, da siap da task pertama? Seterusnya bunga tu korang letak dalam satu balang kaca kristal, kat kedai leh dapat, murah je pun, dan dedahkan pada matahari selama 3 jam.
Da siap da? Ok. sekarang boleh la buat homemade terapi bunga rawatan islam korang. Terapi bunga akan bermula dengan korang masukkan kat dalam air supaya dia larut, kemudian korang baca la ayat Al Quran yang bersifat lembut, iaitu apa apa ayat yang berbentuk menceritakan nikmat di syurga dan berita gembira.
Disarankan korang jangan mandi kat dalam bilik mandi. Sebab terapi bunga tu da dilarutkan dengan ayat Al Quran. So, dalam air tu da ada ayat al Quran dan juga terapi bunga atau aura bunga. Pak cik sarankan, korang cari la kat tempat yang mana air boleh jatuh ke tanah terus.
Ok tak, ? Syukur, hari ni kita belajar mengenai cara bagaimana nak memulakan terapi bunga rawatan Islam.
Tak kesala bunga apa pun….Harum Sundal Malam pun bole .. tak der hal ..