CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6827|Reply: 0

Malaysian Tigress 'ajar' Singapura

[Copy link]
Post time 1-10-2023 04:30 PM | Show all posts |Read mode

PASUKAN negara meraikan jaringan ketika menentang Singapura, hari ini. FOTO ASYRAF HAMZAH

Hangzhou: Skuad hoki wanita kebangsaan meraih kemenangan kedua dalam aksi ketiga Kumpulan A di temasya Sukan Asia Hangzhou selepas menewaskan Singapura 8-1 hari ini.

Kemenangan itu disifatkan sangat penting buat jurulatih negara, Nasihin Nubli Ibrahim sebagai bekalan untuk berdepan Korea Selatan pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan Selasa ini selepas tewas kepada India 0-6, Jumaat lalu.

"Menentang Singapura tidak mudah sebab banyak peningkatan yang mereka tunjukkan dan sebenarnya bagus untuk kita dapat berdepan lawan seperti ini kerana ia akan menjadi persediaan yang baik sebelum turun berdepan lawan lebih sukar.

"Saya gembira banyak jaringan dihasilkan hari ini selain gol padang kita juga ada gol dari pukulan sudut penalti dan ia bagus untuk pasukan," katanya.

Malaysian Tigress membuka jaringan menerusi pukulan sudut penalti yang disempurnakan oleh Wan Norfaiezah Md Saiuti minit kesembilan.

Skuad negara terus mengganas meledak gol enam minit kemudian menerusi Siti Nur Arfah Mohd Nor dengan Nuraini Abdul Rashid meletakkan Malaysia tiga gol di depan.

Nurmaizatul Hanim Syafi Fuad memastikan kedudukan Malaysia lebih selesa apabila menyempurnakan pukulan sudut penalti minit 31.

Bagaimanapun kubu negara dicerobohi minit 34 apabila Singapura mendapat gol pertama menerusi Leck Gene Yuan Jie.

Malaysia terus mengganas apabila Nur Afiqah Syahzani Azhar menjaringkan gol minit ke-37 diikuti Khairunnisa A Mohd Sharuddin (48) dan Hannis Nadiah Onn (54 dan 59)

Mengulas mengenai strategi berdepan Korea yang kini berada di ranking ke-12 dunia, Nasihin berkata, beliau akan menggunakan pendekatan berbeza kerana Korea adalah salah satu pasukan pilihan di temasya kali ini.

"Apa yang penting ketika ini adalah pemain mempunyai rehat yang cukup dan proses pemulihan berjalan dengan baik.

"Kita akan berdepan dengan setiap lawan dengan serius biarpun kita bukan pasukan pilihan, kita akan beri 100 peratus.

"Apapun tahniah buat pasukan kerana berjaya meraih kemenangan kedua," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ress-ajar-singapura
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 01:19 PM GMT+8 , Processed in 0.068605 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list