View: 702|Reply: 0
|
'Salah diri sendiri' - Arul
[Copy link]
|
|
ANTARA aksi Malaysia bertemu China. FOTO ASYRAF HAMZAH
Hangzhou: 'Kelicikan' China untuk begitu berbahaya setiap kali memasuki kawasan D Malaysia disifatkan menjadi punca Malaysia terpaksa akur seri 4-4 menentang tuan rumah di Stadium Gongshu Canal Park, sebentar tadi.
Ketika anak buah Arul Selvaraj perlu meraih kemenangan ke atas China untuk mara ke separuh akhir Sukan Asia 2022, mereka sekadar seri sekali gus meleburkan impian mereka untuk meraih pingat emas yang juga tiket automatik ke Sukan Olimpik 2024.
Jelasnya, dia melihat pemain ada kemahuan untuk menang namun beberapa kelemahan yang ditunjukkan pada aksi penentuan itu berjaya dihukum China yang mendapatkan empat gol pada aksi terbabit.
"Saya rasa kesilapan yang ketara daripada hantaran jauh dan setiap kali mereka masuk ke kawasan D kita, mereka dapat sesuatu. Kita nampak juga pertahanan satu lawan satu agak merisaukan pada kejohanan ini.
"Kita sentiasa berusaha dari aspek ini dan kita bermain hoki yang lebih baik tetapi mereka lebih baik daripada segi fizikal. Ini yang mengecewakan saya.
"Pemain pun rasa mereka tidak mendapat prestasi seperti Trofi Juara-Juara Asia (ACT) dan mereka sedar persembahan mereka tidak memuaskan," kata Arul ketika ditemui selepas
perlawanan.
Dalam masa sama, Arul menegaskan tiada sesiapa yang harus disalahkan atas kegagalan pada kempen kali ini dengan mereka hanya perlu menyalahkan diri sendiri.
"Mudah untuk bercakap tetapi pemain sudah banyak berkorban untuk pasukan dan bekerja keras selama ini.
"Tiada siapa harus disalahkan, kita hanya menyalahkan diri sendiri jadi kita tunggu pertandingan berakhir dan dapatkan tempat terbaik untuk kelayakan Sukan Olimpik," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... h-diri-sendiri-arul |
|
|
|
|
|
|
| |
|