View: 3487|Reply: 0
|
'Impian ke Paris belum berkubur'
[Copy link]
|
|
Aksi pemain hoki China meraikan jaringan ketika menentang Malaysia pada Sukan Asia Hangzhou 2022 di Stadium Gongshu Canal Sports Park. NSTP/ASYRAF HAMZAH
HANGZHOU: Sekalipun terlepas slot automatik ke Sukan Olimpik 2024 selepas tersingkir di peringkat kumpulan Sukan Asia 2022, pengendali skuad hoki negara, Arul Selvaraj kekal optimis untuk mencari 'jalan lain' beraksi pada temasya berprestij itu.
Impian Speedy Tigers untuk memburu pingat emas Sukan Asia 2022 yang menawarkan slot automatik ke Paris berkecai selepas sekadar terikat 4-4 menentang China pada aksi terakhir Kumpulan B di Stadium Gongshu Canal Park, malam tadi.
Keputusan itu menyaksikan skuad negara menamatkan saingan di tangga ketiga Kumpulan B dan memaksa mereka bersaing untuk kedudukan kelima dan keenam menentang Pakistan, Jumaat ini.
"Kita kena duduk sebagai satu pasukan dan tengok situasi macam mana. Daripada Sukan Asia pun, cuma ada empat ke lima tempat akan diberikan ke Kelayakan Olimpik jadi kita kena kaji semula dengan pemain.
"Kita tengok arah tuju kita bagaimana selepas ini. Jadi ia (hasrat ke Sukan Olimpik) belum berakhir lagi," katanya,
Sebagai rekod, Malaysia masih berpeluang merebut tiket ke Sukan Olimpik 2024 menerusi Kelayakan Olimpik Persekutuan Antarabangsa Hoki (FIH) yang dijadual berlangsung, Januari depan.
Tiga slot akan diberikan menerusi kelayakan di Valencia sementara tiga lagi slot akan diberikan pada kelayakan yang berlangsung di Muscat.
Berdasarkan pencapaian Malaysia di Sukan Asia, mereka sudah mengesahkan tempat ke pusingan Kelayakan Olimpik itu memandangkan Sukan Asia 2022 menawarkan lima slot ke pusingan terbabit.
https://www.bharian.com.my/sukan ... aris-belum-berkubur |
|
|
|
|
|
|
| |
|