View: 2902|Reply: 0
|
Lima pemain pikul tugas pertahan emas antara regu
[Copy link]
|
|
SKUAD sepak takraw negara sebelum ini memenangi pingat perak acara berpasukan. FOTO FB MAJLIS SUKAN NEGARA
Hangzhou: Lima pemain sepak takraw negara sudah bersiap sedia untuk berperang bagi acara antara regu di Sukan Asia 2022 yang akan mula membuka tirainya, esok.
Jurulatih skuad sepak takraw negara, Ahmad Jais Baharun selesai memilih panglimanya yang diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab dalam misi mempertahankan pingat emas dalam acara antara regu yang dimenangi pada temasya 2018 di Jakarta-Palembang.
Lima pemain terbabit adalah dua tekong iaitu Muhammad Syahir Mohd Rosdi dan Muhammad Zarif Marican Ibrahim Marican; dua apit kanan iaitu Muhammad Afifuddin Mohd Razali dan Mohamad Azlan Alias serta apit kiri, Amirul Zazwan Amir.
Beliau berkata, pemilihan pemain dibuat berdasarkan kombinasi regu, prestasi semasa, pengalaman dan lain-lain elemen yang berkaitan bagi membentuk satu regu yang mampu diberi tanggungjawab untuk menggalas cabaran negara.
bagi acara ini.
"Pemain sudah menjalani latihan sejak beberapa hari lalu bagi meningkatkan lagi prestasi dan memperbaiki kelemahan sedia ada.
"Mereka sudah meletakkan sepenuh fokus bagi acara antara regu ini," kata Ahmad Jais.
Skuad takraw negara akan membuka kempen acara antara regu di Gimnasium Jinhua berdepan Vietnam bagi aksi sebelah pagi sebelum menentang Singapura bagi sebelah petang.
Sebagai rekod, skuad sepak takraw negara memenangi pingat perak dalam acara berpasukan lelaki selepas tunduk 2-0 di tangan Thailand pada final, minggu lalu.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... an-emas-antara-regu |
|
|
|
|
|
|
| |
|