CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 618|Reply: 0

Pentaksub SRK, Jawan bakar mercun, bunga api dalam panggung

[Copy link]
Post time 10-10-2023 11:47 AM | Show all posts |Read mode

SHAH Rukh Khan masih menjadi kegilaan menerusi filem terbaharunya, Jawan.

FILEM terbaharu lakonan Shah Rukh Khan, Jawan yang mencecah kutipan pecah panggung di beberapa negara sejak ditayangkan awal bulan lalu masih berada dalam carta teratas filem paling laris di India.

Tidak hairan apabila kebanyakan pawagam di negara itu masih dipenuhi penonton yang rata-rata menonton filem aksi tersebut lebih daripada sekali.

Namun sesuatu yang luar jangkaan terjadi apabila satu insiden membakar mercun dan bunga api dilakukan pentaksub filem berkenaan pada hujung minggu lalu di Malegaon.

Beberapa penonton lelaki dilihat melakukan perbuatan tersebut ketika Jawan sedang ditayangkan. Suasana panggung dipenuhi percikan api serta asap tebal telah mencetuskan huru-hara.

Kejadian yang disaksikan orang ramai itu menunjukkan gelagat pelaku bersorak kegembiraan, manakala orang lain menjerit sambil berlari keluar panggung.

Sehingga kini, polis sudah menahan individu yang disyaki sebagai dalang, manakala tayangan filem berkenaan tetap disambung semula sekitar 20 minit selepas kejadian. Polis juga masih menyiasat punca kejadian, sama ada bermotif khianat atau sebaliknya.

https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... api-dalam-panggung/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:02 AM GMT+8 , Processed in 0.219700 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list