CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4809|Reply: 9

5 Tips Untuk Mereka Yang Kali Pertama Melancong Ke Korea Selatan

[Copy link]
Post time 16-10-2023 03:30 PM | Show all posts |Read mode
Selain Eropah, Korea Selatan juga adalah antara lokasi yang menjadi destinasi percutian pilihan ramai terutama sekali dalam kalangan penggemar K-Drama mahupun kumpulan K-Pop.


Korea Selatan pastinya menjanjikan tempat-tempat menarik untuk dilawati, namun untuk mereka yang kali pertama melancong ke negara itu, kami kongsikan tips sebagai rujukan.


Semoga perkongsian ini dapat membantu perjalanan anda lebih lancar tanpa sebarang masalah!





1. Mohon K-ETA dan buat Q-Code


Untuk melancong ke Korea Selatan, anda tidak akan dibenarkan untuk masuk ke negara tersebut tanpa membuat permohonan kebenaran terlebih dahulu


Kalau anda perasan, jika anda ingin memasuki negara Australia, anda perlu mohon kebenaran perjalanan walaupun untuk bercuti yang dipanggil Electronic Travel Authority (ETA).


Kini perkara sama berlaku apabila anda ingin memasuki Korea. Anda perlu mohon K-ETA terlebih dahulu sehingga permohonanan anda tersebut diluluskan. Baru boleh masuk ke Korea.




2. Pilih Musim Dan Pakaian Bersesuaian


Anda kena tahu Korea Selatan mempunyai empat musim iaitu musim sejuk, bunga, panas dan luruh. Musim Bunga (Spring) pada pertengahan Mac hingga akhir Mei; Musim Panas (Summer) pada Jun hingga Ogos, Musim Luruh (Autumn) pada September hingga November dan Musim Sejuk (Winter) pada Disember hingga pertengahan Mac.




Anda perlu tetapkan musim mana anda nak datang ke Korea. Anda perlu tetapkan kerana musim tersebut akan mempengaruhi cuaca dan suhu. Jadi anda perlu sediakan pakaian yang bersesuaian. Takkan masa musim sejuk, nak pakai pakaian nipis kan. Jadi kena juga dapatkan winter coat, gloves dan sebagainya.




3. Pengangkutan


Benda ni anda dah kena tentukan bagaimana anda nak bergerak dari satu destinasi ke destinasi yang lain sepanjang di Korea. Anda kena juga tengok berapa ramai anda bawa ketika travel. Anda bawa barang apa ketika travel. Macam mana nak sampai ke destinasi tersebut.



Anda kena tahu, rangkaian atau line train subway bawah tanah di Korea ada lebih 10 jajaran dan kesemuanya bersambung antara yang lain. Hampir semua tempat popular yang dilawati di Korea sebenarnya anda boleh sampai dengan hanya menaiki Subway sahaja.


Jadi nak naik subway tu bayar cash ke macam mana? Sama je macam tempat lain, guna kad khas dan di Korea ianya dipanggil T-Money. Macam Touch n Go juga. Nak beli kad pun, boleh di mesin setiap stesen atau ada juga dijual di kedai runcit biasa berdekatan. Tak perlu risau.







4. Penginapan
Takkan fikir jalan je kan kalau pergi Korea. Kena fikir juga nak tinggal mana selama berada di sana.


Sama ada ingin penginapan mewah atau bajet, semuanya terpulang kepada anda. Paling penting, anda perlu pilih penginapan yang dapat memuatkan semua anggota keluarga.


Kemudian pilih di kawasan mana dan paling penting dekat dengan stesen subway. Mudah nak bergerak hari-hari. Nak makan mudah, cari rumah di area Itaewon. Banyak kedai makan halal disana.






5. Penyediaan Itinerary


Akhir sekali tips ke Korea yang anda perlu tahu adalah penyediaan itinerary selama berada di sana. Ini mengelakkan daripada anda buang masa rancangan, google atau terhegeh-hegeh baru nak cari kalau dah sampai Korea. Maklumat dan info tentang Korea sudah terlalu banyak di internet. Senarai tempat melawat pun dah banyak orang senaraikan.


Kalau korang baru nak mula buat itinerary, lebih baik anda mulakan kawasan Itaewon dulu untuk hari pertama. Anda kena tahu, di Korea susah nak dapatkan barangan atau jumpa restoran halal. Hanya ada ditempat tertentu sahaja.



Di Itaewon siapa ada muslim street. Jadi disini semua kedai runcit mereka membekalkan barangan halal tanpa ragu. Anda boleh dapatkan barangan basah seperti daging, ayam, sayur dan sebagainya. Jadi adalah lebih baik anda datang sini dahulu, beli bekalan yang cukup dan bawa balik. Nanti mudah untuk masak di rumah atau tempat penginapan.





Sebagai muslim juga, mungkin lebih baik travel atau pengembaraan anda bermula dengan solat di Masjid. Yes, di Itaewon ada sebuah masjid yang besar iaitu Seoul Centre Mosque. Masjid terbesar di Korea.








Harap perkongsian tentang tips untuk yang pertama kali ingin ke Korea ini bermanfaat untuk anda untuk dijadikan panduan. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2024 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts
best sgt ke g sana..smpi smu org malaysia ni nk ke sana
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2024 04:04 PM | Show all posts
mmg best la...
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2024 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Thanks for sharing TT! Memang ada hajat nak pergi Korea nanti satu hari.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2024 12:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Tq for sharing
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2024 09:24 AM | Show all posts
Tq for sharing
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-8-2024 01:41 PM | Show all posts
Kat sana tak pakai google maps, diorang ada apps navigation diorang sendiri, nama Naver..
Naver sangat memudahkan compared to Gmaps.. sebab dia include semua jenis public transport utk sampai ke destinasi dengan cepat..
Cuma diorang punya apps semua dalam bahasa Korea.. takda dalam english.. jadi kena pakai phone lagi satu utk ambil gambar dan translate..
Satu lagi, disebabkan ramai orang MY dah travel ke sana, jadi imi sana ketat sikit utk orang kita.. kalau boleh prepare duit cash banyak supaya tak disalah sangka pergi sana utk kerja haram..
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2024 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Tq for the tips
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-8-2024 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
moolanji replied at 16-8-2024 01:41 PM
Kat sana tak pakai google maps, diorang ada apps navigation diorang sendiri, nama Naver..
Naver sang ...

Macam browser or apps tapi kena install dekat Korea? Kalau nak search pula kena guna hangul atau boleh English biasa sbb tgk kpopies selalu search bias diorang guna hangul..

Thank you kaka for the info jugak boleh prepare nak pergi Korea nanti
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2024 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Info yg bermanfaat. Terima kasih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 04:07 PM GMT+8 , Processed in 1.085135 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list